Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tepung Tortilla Homemade Untuk Buat Wrap, Gebu & Lagi Sihat!

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tepung Tortilla Homemade Untuk Buat Wrap, Gebu & Lagi Sihat!

Kategori: ,
tepung tortilla homemade

Jika anda penggemar chicken wrap yang disaluti dengan tortilla wrap gebu dan sedap, pasti anda tertanya kan macam mana nak menghasilkan tortilla sebegitu rupa?

Bagi sesetengah orang, ada yang suka beli di kedai untuk tortilla wrap yang sudah siap. Tinggal letak bahan inti sahaja jika nak buat chicken wrap misalnya.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tepung Tortilla Homemade Untuk Buat Wrap, Gebu Dan Lagi Sihat!

Tetapi, jika anda inginkan kelainan dalam segi rasa dan tekstur, boleh lah buat sendiri dekat rumah! Memang sedap dan gebu!

Kalau berminat, jom ikuti perkongsian daripada Ummu Ashraf ni. Bukan sahaja gebu, tapi hasilnya lagi sihat! Berbulan juga tahan dalam freezer!

“Saya suka buat sendiri flour tortillas sebab dengan cara ini saya tahu minyak yang saya gunakan memang dari sumber sayuran. Di luar ni, saya lebih suka berhati-hati,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung roti / protein
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/3 cawan minyak sayuran (say guna sunflower oil)
  • 1 cawan air suam

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kering. Kacau. Masukkan minyak. Gaul hingga jadi macam serbuk roti.
  2. Masukkan air dan uli hingga adunan tidak melekit dan halus bila disentuh.
  3. Bahagi pada 12 bebola. Tutup dengan kain basah. Rehatkan sekurang-kurangnya 20 minit hingga semalaman.
  4. Saya guna tortilla press yang saya beli di Shopee. Tapi boleh juga dicanai nipis macam capati.
  5. Masak dalam frying pan tanpa minyak dalam 1 minit untuk belah pertama. Terbalik kan dan masak lagi 20-30 saat.
  6. Angkat dan tutup dengan kain lembap. Biar tortilla panas saling berwap untuk melembutkan satu sama lain.
  7. Buat hingga habis adunan. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer. Siap!

Wah! Senang je rupanya ikut buat tepung tortilla homemade dnegan cara ni. Dah lah sedap dan gebu, tahan berbulan-bulan pula!

tepung tortilla homemade tepung tortilla homemade tepung tortilla homemade tepung tortilla homemade

Tips: Berbulan juga tahan kalau dalam freezer. Nak guna, panaskan balik atas frying pan.

Yang mana suka niaga ataupun tengah nak buat chicken or beef wrap atau makanan yang menggunakan tortilla wrap, boleh lah guna resepi ni okay!

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Ummu Ashraf

Baca juga: Air Balang Jadi Pilihan Kenduri Kahwin, Ini Antara Resepi Aneka Perisa Air Balang Kegilaan Ramai!

tags: | |