Rasanya ramai dalam kalangan kita yang memang suka makan ikan kan. Tidak kira sama ada ikan kecil atau ikan besar. Ikan sungai mahupun ikan laut, pastinya ada yang menggemarinya. Malah ada juga sesetengah orang lebih suka makan ikan yang bersaiz kecil berbanding bersaiz besar.
Mungkin disebabkan rasa isinya yang lebih sedap dan bila digoreng, rasanya rangup hingga ke tulang. Namun apa yang menjadi masalah ketika membeli ikan bersaiz kecil ini adalah agak sukar untuk menyiangnya. Malah jika dibeli dengan kuantiti yang banyak, masa yang diambil untuk menyiangnya juga lama.
Namun jangan risau, mungkin anda boleh lihat cara siang ikan kecil yang dikongsikan oleh seorang gadis, Sumaiyah Nasri di aplikasi TikTok. Jom kita lihat perkongsiannya.
@sumeiy Cara siang ikan kecik #KPHDTEAMSUMEIY #KAMBINGPERAPDAGINGDANOK #KPHDKULIM #KPHDTEAMKEKRAA #MARKETKULIM #KPHD
@sumeiyCara siang ikan kecik #KPHDTEAMSUMEIY #KAMBINGPERAPDAGINGDANOK #KPHDKULIM #KPHDTEAMKEKRAA #MARKETKULIM #KPHD♬ original sound – Aeimang
Mudah sahaja kan cara siang ikan kecil yang ditunjukkan oleh gadis ini? Jadi selepas ini jika beli ikan kecil, jangan lupa untuk gunakan cara yang dikongsi olehnya ini. Bukan sahaja mudah malah cara ini juga cepat.
Kalau dah tahu cara siang yang mudah ini jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan atau kenalan terdekat anda juga ya.
Kredit: TikTok Sumaiyah Nasir
Baca juga: 6 Tips Supaya Ikan Sungai & Ikan Laut Yang Dimasak Sentiasa Rasa Segar & Sedap!