Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Cara Cepat Lembutkan Daging, Ikut Petua Dari Tukang Masak Thai Dengan Masukkan..

Cara Cepat Lembutkan Daging, Ikut Petua Dari Tukang Masak Thai Dengan Masukkan..

Kategori:
Cara Cepat Lembutkan Daging

Umum sudah tahu, salah satu cara cepat lembutkan daging adalah dengan memotong daging mengikut lawan arah urat. Dengan cara ini dapat meningkat luas permukaan interaksi dengan haba.

Selain itu, jika mahu membuat sup daging atau sup tulang juga perlu pastikan daging itu empuk dan lembut. Kalau salah cara, daging akan cari liat dan spoil mood bila nak makan.

Oleh itu, untuk memastikan sup daging atau sup tulang menjadi lembut dan empuk, jom ikut petua mudah ini. Tak susah mana, rahsianya hanya perlu guna ‘ais’! Petua ini adalah dari tukang masak Thai yang telah dikongsikan oleh Norsazenny Ariffin dan Nurazimah Azimah.

Cara Cepat Lembutkan Daging, Ikut Petua Dari Tukang Masak Thai Dengan Masukkan..

Tips lembutkan daging dengan cepat:

  1. Rebus terlebih dahulu daging dalam 20 hingga 30 minit (sambil menyediakan bahan-bahan lain).
  2. Semasa air sedang menggelegak kuat, masukkan ketulan ais dalam jumlah yang banyak bukan seketul dua.
  3. Biarkan seketika, tak perlu tutup api. Kemudian periksa sama ada daging sudah empuk atau tidak.
  4. Jika sudah empuk, boleh tutup api.
  5. Kemudian bolehlah masak daging tersebut seperti biasa.

Semoga bermanfaat!

tags: |