Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tips Untuk Anda Yang Suka Bercucuk Tanam, Guna Cara Ini Untuk Elak Ulat & Serangga Kacau Tanaman Anda!

Tips Untuk Anda Yang Suka Bercucuk Tanam, Guna Cara Ini Untuk Elak Ulat & Serangga Kacau Tanaman Anda!

Kategori: ,
cara elak tanaman dimakan ulat

Pastinya ramai dalam kalangan kita yang kini memilih untuk bercucuk tanam. Lebih-lebih lagi pada musim pandemik sekarang ini. Nak pergi bercuti tak boleh jadi apa kata bercucuk tanam je dekat rumah. Tanam apa yang patut seperti sayuran atau pokok bunga.

Namun apa yang menjadi masalah saat menanam sayuran adalah apabila tanaman sering dimakan ulat. Nak beli racun serangga rasa serba salah pula kan.

Jadi apa kata ikut cara yang dikongsikan oleh Nieyla Husna ini. Cara atau tips yang dikongsikan olehnya ini adalah untuk mengawal ulat dan serangga yang mengacau tanaman.

Cara Untuk Elak Ulat & Serangga Kacau Tanaman Dengan Mudah & Cepat

Bahan-bahan:

  • 300 ml air
  • 7 tangkai cili
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sdb minyak masak
  • 1 sdk sabun basuh pinggan

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan dan tapiskan. 1 bahagian pati dicampur dengan 4 bahagian air.
  2. Kemudian semburkan pada bahagian yang ada bena.
  3. Selepas spray dalam 15 minit siram kembali pokok tersebut, takut daun layu.
  4. Untuk pokok kubis pula, boleh tanam sekali bawang putih dalam pasu yang sama. Kena rajin buang bena pada daun juga.

Mudah sangat kan guna cara ini untuk elak tanaman di makan ulat. Bukan sahaja mudah malah ianya juga lebih jimat. InshaAllah tanaman anda selamat. Lepas ni tumbuh subur je tanpa sebarang gangguan.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nur’aishah Abu Bakar

tags: |