Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Express Buat Portuguese Egg Tart. Hanya Perlu Tuang, Bakar & Siap!

Cara Express Buat Portuguese Egg Tart. Hanya Perlu Tuang, Bakar & Siap!

Kategori:
Portuguese Egg Tart

Pasti ramai yang suka makan Portuguese Egg Tart ni kan? Tapi yang paling malas bila nak buat, senang beli je. Tapi kalau beli, boleh tahan mahal juga harganya. Harga untuk 1 biji dalam RM2.50.

Seorang pengguna Facebook berkongsikan cara express buat Portuguese Egg Tart, anggaran harga sebiji dalam RM1.50 sahaja. Hanya perlu tinggal tuang adunan dalam puff, bakar dan siap! Jom lihat perkongsian lengkap oleh Shazz Md Kamarul di bawah.

Cara Express Buat Portuguese Egg Tart. Hanya Perlu Tuang, Bakar & Siap!

Ni sy nak bagitau cara express bikin Portuguese Egg Tart sebab ramai yang duk chat saya minta resepi selepas saya update kat whatsapp story tempoh hari..

Umum nya Kita dah tauu Portuguese Egg Tart ni harga dia ala ala kayangan kan.. paling kurang rm2 ke rm2.50 utk sebiji.. bila buat sendiri ikut bhn yg sy share tu kos modal lebih kurang rm1.5 utk sebiji. untuk mak mak yang anak ramai boleh lerr jimat poket sikit dan yang penting boleh makan puas puas..

  1. Langkah pertama p mana mana bakery dan tanya bahan topping dan kulit pastry readymade seperti yang saya share.. harga dia rm16.50 utk topping dan rm28 untuk 30pcs pastry puff..
  2. Balik rumah, bila topping tu dah elok cair ikut suhu bilik, hangpa tuang je dalam pastry puff yang telah disusun dalam loyang pembakar.. mesti ngam ngam cukup topping tu untuk 30pcs puff. engko adjust je lah camne pun..janji tuang dgn gaya sopan okay. kalau gaya nk gaduh ajak bertumbuk,tumpah, sy jamin mmg tak cukup lerr utk 30 pcs tu
  3. Bakar 170°c selama 30 minit..tapi sy suka puff yg garing.. jadi sy bakar 40 minit…
  4. Ta daaaa…..makan puas puas okey..

Selamat mencuba!

 

Kredit: Shazz Md Kamarul

tags: