Masih ramai lagi yang tak tahu rupanya macam mana untuk kekalkan kerangupan ikan bilis walaupun selepas dicuci bersih. Sebab itulah ramai yang memilih untuk tidak mencuci ikan bilis sebelum digoreng. Ramai diluar sana yang terus masukkan ikan bilis ini ke dalam minyak tanpa membasuh terlebih dahulu. Memang jika dilihat dengan pandangan mata kasar tiada apa-apa kekotoran pada ikan bilis tersebut. Tapi ianya masih ada kekotoran yang kita tak nampak sebenarnya. Jadi basuh lah ikan bilis itu terlebih dahulu dan anda boleh ikut cara dan tips yang dikongsi oleh Mis Bie di bawah ini bagi memastikan ikan bilis tersebut kekal rangup dan sedap!
Ini Dia Cara Untuk Ikan Bilis Kekal Rangup ‘Krap Krup Krap’ Walaupun Dah Di Cuci Bersih!
- Cuci ikan bilis sebersihnya.
- Tapis dan toskan bagi kering sedikit. Saya tos lebih kurang setengah jam. Sebab kalau tak tos nanti bergumbal dengan tepung. Jadi cengkodok pula kan nanti.
- Lepas tos campakkan dalam pinggan yang korang dah letak tepung. Tepung apa? Tepung gandum je. Tetapi pastikan masa anda gaul dengan tepung, ikan bilis tu tak bergumpal. kalau tak nanti dalam kuali memang tak habis wristling lah gamaknya.
- Kemudian masukkan ikan bilis yang sudah di gaul dalam tepung tadi ke dalam minyak panas. Pastikan api jangan terlalu besar. Just nice je, barulah ikan bilis tu masak elok dan rangup.
- Siap!
Bagi anda yang ingin memastikan ikan bilis yang digoreng kekal garing, boleh lah cuba tips ini. Memang berhasil walaupun telah dicuci bersih.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Mis Bie Via MAHN
Baca juga: Ramai Yang Masih Belum Tahu ‘Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi’ Ini Sangat Sedap, Makan Dengan Nasi Putih Panas Memang Perghh!