Guna 4 bahan mudah sahaja kalau nak cuba buat sendiri Mini Sosej Puff Pastry di rumah. Cara membuatnya juga mudah, hanya perlu guna air fryer. Jom cuba buat untuk minum petang, anak-anak pun confirm suka. Selamat mencuba!
Cara Hasilkan Mini Sosej Puff Pastry 4 Bahan Guna Air Fryer, Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
-
Puff Pastry Square (Brand Kawan) – kerat 2
-
Sosej (Rebus dahulu) -kerat 2
-
Slice cheese – kerat 2
-
Kuning telur – untuk sapu atas pastry
Cara-cara:
-
Letakkan puff pastry sheet, slice cheese dan sosej.
-
Gulung dan kelim (tekan-tekan sikit). Tak perlu letak air atau apa-apa.
-
Sapu kuning telur.

-
Panaskan dahulu oven pada suhu 165 selama 5 minit.
-
Bakar pastry selama 10 minit.

Kredit: Nur Azirah Mohd Salleh