Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips & Petua Turun Temurun Untuk Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak. Guna 3 Bahan Dapur Ini Sahaja!

Tips & Petua Turun Temurun Untuk Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak. Guna 3 Bahan Dapur Ini Sahaja!

Kategori: ,
cara hilangkan cacing pada kanak-kanak

Cacing merupakan haiwan yang berbadan lembut dan panjang dari kumpulan invertebret. Terdapat pelbagai jenis cacing dan dari kumpulan yang berbeza-beza. Malah ada juga cacing yang wujud dan hidup dalam perut manusia. Lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Antara petanda badan kanak-kanak didiami cacing adalah mereka kelihatan letih, mudah jatuh sakit, sakit perut, berat badan berkurangan dan mereka dilihat sering mengalami kegatalan pada bahagian dubur.

Selain menggunakan ubatan moden, kita juga boleh hilangkan cacing ini dengan menggunakan rawatan tradisional tau. Petua atau rawatan tradisional ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja iaitu garam, asam keping dan air. Nak cuba buat untuk anak-anak? Jom kita ikuti perkongsian dari Wan Norma di bawah ini.

Petua Merawat Cacing Dalam Perut Kanak-Kanak

Bahan-bahan:

  • Air
  • Garam
  • Asam keping

Cara-caranya:

Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga  garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.

Mudah sahaja kan cara nak hilangkan cacing dalam badan kanak-kanak. Amalkan sahaja petua ini dan jangan berputus asas. Selain dari makan ubatan moden, bolehlah cuba mandian turun temurun ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Wan Norma

Baca juga: Remaja Kejang & Mulut Berbuih, Cacing Pita Bersarang Dalam Otak Kerana Makan Daging Kurang Masak!

tags: | | |