Masalah utama setiap kali masak ikan keli adalah ada satu bau yang kuat dan hanyir sangat. Bukan setakat itu sahaja, bila sedang menggoreng pasti ikan keli akan meletup-meletup. Jadi bagaimana cara nak hilangkan masalah hanyir ikan keli dan meletup-meletup bila digoreng? Jom ikuti perkongsian oleh Afy AL Habibi di bawah.
Boleh tolong cikgu panjangkan post ini kepada peminat ikan keli atau lele. Cikgu nak bagi tips penting kepada mereka yang belum tahu.
Masalah utama ikan keli ni ada satu bau yang kuat. Hanyir sangat. Jadi cikgu nak kongsikan cara hilangkan bau tersebut. Cikgu juga ada bagi resepi mudah untuk goreng ikan keli supaya menjadi rangup. Rupa ikan keli pun elok lurus je badannya. Takda yang patah pinggang. Paling penting masa gorengnya tak meletup-letup. Tak adalah kalau kawan MAHN kat sini yang kuat melatah asyik terperanjat tengok minyak terpercik sana-sini.
Okay jom mula. Tengok betul-betul dekat gambar. Selepas cikgu bersihkan lemak dan darah beku ditengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Dekat dengan jari cikgu tunjukkan. Gunting sedikit pada bahagian tersebut. Buat kiri dan kanan bahagian ikan.
Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan. Tak ramai sebenarnya kalau kita makan kat luar, bahagian tersebut akan dibuang. Kenapa cikgu kata begitu? Sebab dah banyak kali cikgu terkena.
Nampak kan? Kedua-dua belah tu kena korek keluar.
Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya. Kemudian tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Gaul rata dan biarkan seketika.
Barulah dicuci bersih sekali lagi. Inilah rupa ikan keli yang telah siap dibasuh.
Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.
Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk dibawah:
-1 ulas bawang putih
-sehiris nipis halia
-serbuk kunyit
-garam
-secukup rasa
Tips seterusnya untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum. Goreng guna tips ini juga buat ikan tak melekat. Malah ikan keli juga lebih rangup.
Gorenglah ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam. Kemudian masukkan ikan. Tutup dengan tudung periuk.
Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat. Siap!
Kredit: Afy AL Habibi