Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Kusyen Kereta Korang Ada Peta Dunia? Jom Guna Bahan Dapur Ini, Modal RM15 Je!

Kusyen Kereta Korang Ada Peta Dunia? Jom Guna Bahan Dapur Ini, Modal RM15 Je!

Kategori: ,
cara hilangkan peta dunia pada kusyen kereta

Kadangkala kebersihan kereta yang kita naiki turut melambangkan keperibadian kita sama ada kita seorang yang pembersih atau tidak. Kita seorang yang rajin atau tidak, bukan sahaja dilihat dari bilik tidur atau pun pakaian yang kita pakai.

Bagi para ibu bapa, kadangkala untuk memastikan kerusi kereta cantik, kemas dan bersih adalah agak sukar. Lebih-lebih lagi jika ramai anak-anak dan anak-anak tersebut masih lagi kecil. Kadangkala kereta tu baru sahaja dicuci tapi tak sampai 24 jam sudah kotor angkara mereka.

Malah lebih teruk lagi, apabila kerusi kereta yang bewarna cerah dilengkapi dengan peta dunia. Peta dunia tersebut terjadi mungkin disebabkan oleh air liur basi, air atau susu yang tumpah dan pelbagai macam lagi sebab.

Dengan keadaan kusyen kereta yang sedemikian rupa, pastinya ia menimbulkan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi apabila ada kenalan yang ingin menumpang kenderaan kita. Malu pun ada segan pun ada.

Kalau nak hantar ke kedai, mesti bayaran yang dikenakan agak mahal. Jadi apa kata kita hilangkan sendiri peta dunia tersebut dengan hanya menggunakan bahan dapur sahaja. Tak payah susah-susah menghabiskan modal yang banyak, korang hanya perlukan RM15 sahaja.

Nak tahu cara mudah untuk menghilangkan peta dunia di kusyen kereta? Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh Cleaning Assassin.

Cara paling mudah hilangkan kotoran dan peta dunia pada kusyen kereta

 

  1. Buat chemical sendiri dengan menggunakan sabun pencuci pinggan dan campurkan dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam botol spray.
  3. Kemudian spray rata ke kusyen kereta anda. Ambil jarak dalam 6 hingga 8 inci dari seat.
  4. Selepas itu, ambil berus yang lembut dan gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan anda menggosoknya berkali-kali. Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut kerana ia akan melekat ke dalam seat.
  5. Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
  6. Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain pula.

Kos:

  • Sabun basuh pinggan (percuma – ambil dekat dapur sahaja)
  • Botol spray (percum – ambil spray untuk iron baju)
  • Berus lembut (RM5)
  • Kain bersih (percuma – ambil kain yang lama)
  • Microfiber towel (RM10)

Info lain:

  • Setiap seat berbeza pengeluar dan material, so kesan akan sama.
  • Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya.
  • Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang telah dikhaskan.

Mudah sahaja kan cara hilangkan peta dunia pada kusyen kereta ini? Jadi bagi korang yang rasa tak sanggup nak menghabiskan wang bagi mencuci kerusi kereta korang, guna sahaja cara jimat macam ni. Walaubagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang perkara yang berlaku.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Cleaning Assassin

Baca juga: Ramai Sangat Tak Tahu! Ini 25 Petua Cuka Yang Boleh Kita Gunakan Dalam Kehidupan Seharian Kita.

tags: |