Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tangan Pijar Kalau Kena Cili? Ini Cara Hilangkannya Dengan Cepat & Terbukti Berkesan

Tangan Pijar Kalau Kena Cili? Ini Cara Hilangkannya Dengan Cepat & Terbukti Berkesan

Kategori:
tangan pijar

Rasa ‘pijar’ atau panas pada tangan seringkali dialami oleh seseorang yang memasak, mungkin selepas anda memotong dan menumbuk cili atau apa-apa sahaja yang melibatkan sentuhan dengan cili. Memang boleh buat jadi ‘tak keruan’ apabila tangan pijar. Lagi-lagi bila tertonyoh mata, rasanya benar-benar perit dan ingin menangis!

Sememangnya masalah pijar tangan tidak dapat diatasi dengan hanya membasuh tangan. Ada beberapa cara yang berkesan terbukti oleh sains untuk menghilangkan rasa panas tangan itu.

Jom ikuti perkongsian oleh Rafiza Idayu melalui grup Makmal Makanan (MaMa) berkenaan petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains.

“Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar. Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam. Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang.

Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan. Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak. Jadi saya gunakan minyak masak.

Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalsm komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar. Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.”

Gara gara buat cili flakes.. dah memasal pagi pagi tangan dah pijar

Lumur dengan minyak

Minyak ni memang ready dalam bekas ni

Basuh dengan hand wash

Alhamdulillah.. hilang terus pijar. Punyalah tadi gosok kat rambutlah.. tak jalan da…

Kredit: Rafiza Idayu

tags: |