Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Jaga Periuk Belanga Stainless Steel Dengan Betul. Boleh Tahan Sampai Bertahun-Tahun!

Cara Jaga Periuk Belanga Stainless Steel Dengan Betul. Boleh Tahan Sampai Bertahun-Tahun!

Kategori: ,

Setiap rumah pasti ada periuk belanga stainless steel untuk kegunaan memasak di dapur. Ia sering menjadi pilihan ramai orang kerana tahan lama dan sesuai untuk digunakan bagi memasak macam-macam jenis juadah.

Jika dijaga dengan baik, periuk belanga ni boleh kekal sampai berpuluh-puluh tahun tau!

Kalau nak tahu cara jaga periuk belanga supaya tahan lama, jom kita ikuti perkongsian dari Angeline Tyy.

Menurut wanita ini, kalau kita pandai jaga periuk stainless steel dengan baik, ia boleh bertahan sampai ke anak cucu. Mari kita lihat tipsnya!

Periuk Belanga Stainless Steel

Cara Jaga Periuk Belanga Stainless Steel Supaya Tahan Bertahun-Tahun

Jangan Guna Bahan Sembarangan Untuk Cuci Periuk Belangan Stainless Steel

Tips pertama ni pasti ramai yang tak tahu. Untuk pelihara kualiti dan permukaan kulit periuk belanga anda, anda tak boleh gunakan bahan sembarangan!

Bila nak basuh periuk stainless steel, jangan sekali-kali gunakan berus besi atau cecair kimia mahupun larutan berasid seperti lemon, baking soda, asam atau lemon. Garam pun tak boleh!

Sebenarnya, bahan-bahan ni boleh rosakkan permukaan periuk belanga stainless steel. Bila permukaan jadi kasar, kotoran akan jadi cepat melekat.

Ketahui Cara Bersihkan Periuk Belanga Yang Betul

Cara yang betul untuk bersihkannya adalah dengan rendam dulu periuk dengan air selepas siap masak.

Kemudian, buang air dan lap kotoran, minyak dan makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).

Selepas tu, barulah basuh gunakan Scotch Brite 3M green pad yang dibasahkan dengan Axion atau Swif detergent paste.

Periuk Belanga Stainless Steel

Periuk Belanga Stainless Steel

Dengan cara ni, anda tak perlulah menggosok dengan kuat. Ia bukan saja membantu anda untuk lakukan kerja membasuh dengan lebih senang, malah ia akan memelihara kualiti periuk stainless steel.

Periuk belanga anda juga akan kekal berkilat.

Senang je nak jaga periuk belanga stainless steel ni supaya kekal lama dan berkilat macam baru. Jangan lupa ikuti tips ni supaya periuk belanga anda dapat digunakan sampai bertahun-tahun. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Sumber : Angeline Tyy via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

tags: