Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Dia Cara Makan Yang Betul Untuk Diet, Seminggu Buat Dah Nampak Kesan Dan Hasilnya

Ini Dia Cara Makan Yang Betul Untuk Diet, Seminggu Buat Dah Nampak Kesan Dan Hasilnya

Kategori: ,,
makanan diet yang betul

Cara diet yang betul adalah sangat berguna bagi mereka yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Cara diet yang betul bukannya dengan tidak menyentuh nasi atau mengambil sarapan pagi. Cara tersebut salah sebenarnya.

Cara diet yang betul ialah anda perlu sentiasa mengamalkan makanan seimbang mengikut keperluan kalori dalam tubuh seseorang. Keperluan kalori lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki lebih banyak memerlukan kalori.

Ini kerana lelaki lebih banyak mengeluarkan tenaga daripada perempuan. Disebabkan oleh itu lelaki perlukan lebih kalori. Sebelum nak berdiet, langkah pertama ialah kita timbang berat badan terkini dahulu dan rekodkan.

Kalau tak timbang,macam mana nak tahu perubahan pada berat badan kita kan. Anda boleh beli penimbang berat yang murah-murah pun takpa. Yang kedua perlu ada pita pengukur. Tujuannya untuk ukur saiz pinggang dan perut.

Cara Diet Yang Betul Mengikut Cara “Eat Clean”

Wajib Mengambil Sarapan Pagi

Minumlah satu gelas air putih, 2 biji telur rebus dan sekeping roti wholemeal gardenia purple untuk lebih kenyang sampai lunch. Kalau lapar sebelum lunch, boleh makan sebiji epal hijau.

Waktu Lunch Boleh Ambil Segenggam Nasi

Time lunch, boleh ambil segengam nasi atau satu senduk, lauk yang berprotein dan lebihkan sayuran. Nasi boleh makan beras putih kalau boleh beras siam atau beras basmathi atau beras perang. Ikut mana yang anda selesa. Elakkan makan beras putih murah tempatan tu. Beras tersebut mempunyai karbohidrat dan gula tinggi.

Bagi protein, anda boleh pilih bahagian dada ayam dan ikan yang tak digoreng. Cara masak lauk tersebut adalah sama ada rebus, bakar dan grill. Sayur pula anda perlu pilih yang rendah kalori seperti timun, brokoli dan bayam. Bayam dan brokoli tu anda boleh rebus atau stim sahaja.

Makan Malam Sebelum Jam 7 Petang Ye

Makan malam kalau boleh sebelum jam 7 petang. Pandai-pandai la set alarm dekat handphone. Boleh ulang set hidangan lunch tadi. Kalau lapar sebelum 7 petang boleh makan buah. Antara buah-buahan yang terbaik untuk diet ni adalah tembikai, nenas, epal hijau dan jambu batu. Jangan letak serbuk asam pula. Ada gula dalam tu.

Sebelum tidur makan sepotong atau sebiji buahan-buahan. Pada hari Sabtu dan Ahad waktu pagi perlu jogging/berbasikal selama 30 minit ke 1 jam. Elakkan air manis, coklat, aiskrim, makanan bertepung berminyak, fast food dan kerepek.

Setiap malam lepas balik kerja kalau boleh amalkan bersauna untuk keluarkan peluh dan toxic dalam badan selama 15-20 minit. Tak perlu la nak pergi spa,sauna di rumah pun dah cukup. Motif utama ialah nak bakar kalori dan keluarkan peluh.

Sumber: Facebook Makanan Sihat

tags: |