Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Indonesia Ini Kongsi Cara Masak Bakso Original Negaranya, Memang Sedap Sungguh

Wanita Indonesia Ini Kongsi Cara Masak Bakso Original Negaranya, Memang Sedap Sungguh

Kategori:
Resepi bakso original Indonesia

Wanita yang berasal daripada Indonesia ini berkongsi resepi bakso original negaranya ini dalam facebook MAHN. Menurutnya, suaminya merupakan orang Malaysia. Dan masakan bakso ini adalah kesukaan suaminya. Dia juga ada menyatakan bahawa kalau nak sedap kena masukkan daging dan rempah masako. Jadi bagi sesiapa yang teringin nak makan bakso buatan sendiri, boleh cuba resepi kat bawah ini ye.

BAHAN-BAHAN:

  • Daging
  • 1 labu bawang putih |potong nipis-nipis dan digoreng
  • 20 biji lada putih| ditumbuk
  • Bebola daging
  • Sambal
  • Kicap
  • Sos
  • Daun bawang & sup
  • Bawang goreng
  • Rempah masako

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus daging sehingga empuk
  2. Goreng bawang putih sehingga kuning, angkat dan toskan.
  3. Kemudian tumbuk lada putih lebih kurang 20 biji dan masukkan bawang putih yang digoreng tadi. Dan tumbuk sekali.
  4. Selepas itu masukkan ke dalam kuah rebusan daging tadi.
  5. Masukkan garam, gula, masako perisa daging lembut 2 paket.
  6. Kacau sehingga sebati.
  7. Apabila daging dan empuk masukkan bebola daging.
  8. Bila dah masak boleh hidang dan masukkan sambal, kicap, sos, daun bawang goreng dan daun bawang &sup.

RESEPI SAMBAL:

  1. Rebus cili dan masukkan seulas bawang putih.
  2. Kemudian kisar.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: RoSe PiNk Via MAHN

Baca juga: Cara Buat Bakso Indonesia, Resepi Original Dari Indonesia

tags: |