Apa yang dimaksudkan dengan Steak medium rare sebenarnya? Kenapa Steak yang medium rare ini rasa sedap. Medium rare adalah suam di bahagian tengah dan ada warna kemerahan. Di luar bahagian tengah yang bewarna kemerahan itu pula warna dagingnya adalah berwarna merah jambu (menandakan bahagian ini lebih masak berbanding di bahagian paling tengah). Pada bahagian luar pula permukaan berwarna keperangan.
Medium rare ini adalah tahap masakan yang disyorkan oleh para chef agar Steak yang dimakan enak dan juicy. Nak tahu cara mudah untuk dapatkan Steak yang medium rare. Jom ikuti perkongsian Ahmad Emran ini.
Cara Untuk Dapatkan Daging Medium Rare Yang Mudah & Terbaik!
- Kalau boleh, simpan daging dalam peti sejuk (bukan peti ais). Kalau nak makan harini, semalam lagi dah simpan dalam peti sejuk.
- Lumurkan garam (saya pakai garam yang dah ada garlic powder sekali) dan thymes. Be generous with the salt & garlic. Biar dalam 10 minit.
- Sementara tu, panaskan pan dalam 10 minit jugak. Biar dia betul-betul panas sampai berasap.
- Masukkan daging dalam pan yang panas tu (tak pakai minyak pun). Asap akan banyak. So, pakai la dapur yang kat luar rumah kalau tak nak rumah penuh asap. Biarkan selama 2 minit. Tak payah terbalik-balikkan. Biar je.
- Lepas 2 minit, baru terbalikkan. Kali ni buat 1½ minit pulak.
- Bila dah siap, angkat, dan biarkan dia rest untuk 2 minit (2-1½-2). Kasi time untuk jus dalam daging tu merebak ke serata daging.
- Enjoy your steak. Nampak tak jus daging tu banyak? Kalau daging dah habis, tapi jus tu banyak lagi, pergi cicah roti. Perghhhh!
Nota: Saya cadangkan masa 1½-1-5 untuk medium rare-medium.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ahamad Emran
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Dendeng Daging Yang Menjadi Dan Sedap, Suaminya Suka Sangat Makan, Habis Nasi Setengah Periuk! Sedap Sangat Tu