Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Mi Goreng Tanpa Bawang Guna Mi Kuning Numee Gardenia, Paling Senang Nak Masak & Rasa Pasti Sedap!

Cara Masak Mi Goreng Tanpa Bawang Guna Mi Kuning Numee Gardenia, Paling Senang Nak Masak & Rasa Pasti Sedap!

Kategori: ,
mi goreng tanpa bawang

Nak masak mi goreng tapi style lain? Jom cuba menu resepi masak mi goreng tanpa bawang ni. Nampak menyelerakan sangat, kan? Dah lah senang nak buat.

Tunggu apa lagi? Mari ikuti resepi mi goreng tanpa bawang yang dikongsikan oleh Nurhayati Maleq ini.

Cara Masak Mi Goreng Tanpa Bawang Guna Mi Kuning Numee Gardenia, Paling Senang Nak Masak & Rasa Pasti Sedap!

Bahan-Bahan:

  • 1 paket Numee Gardenia
  • 5 batang cili api (ditumbuk/dikisar)
  • 1 -2 keping dada ayam (didadu)
  • 3 – 4 ekor sotong (dipotong-potong)
  • 5 – 10 ekor udang
  • 1 cawan taugeh
  • 1 cawan daun kucai
  • 5 sudu besar sos cili Thai
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1-3 biji telur ayam
  • gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahannya dulu. Terpulang nak guna apa. Ada fish ball boleh letak fish ball.
  2. Rencah yang paling aku suka letak dalam mi goreng ni biasanya udang dan sotong. Naik bau dia bila masak!
  3. Mi favorite seisi keluarga. NuMee dari Gardenia. Mi ni senang guna, korang dah tak perlu cuci lagi bila nak masak. Boleh goreng atau rebus terus sahaja.
  4. Okay, bahan dah ready. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili yang dah ditumbuk tadi.
  5. Kemudian masukkan sos cili Thai. Saya suka sos Thai ni sebab dia ada bawang putih. Lebih sedap rasanya.
  6. Kemudian masukkan sos tomato.
  7. Masukkan kicap, maka siaplah sudah paste kita. Waktu ni boleh lah perisakan garam kalau nak. Saya tak tambah sebab bila rasa, dah cukup masin manis semua.
  8. Bolehlah masukkan ayam yang didadu tadi.
  9. Gaul sehingga sebati.
  10. Masukkan pula seafood. Masuk seafood toksah lama. Nanti overcook, kuranglah sedap. So waktu ini kena tangkas sikit.
  11. Masukkan telur. Nak masuk sebiji boleh, dua biji boleh. Hipotesis saya mengatakan yang semakin banyak telur letak dalam sekuali mi goreng. Semakin sedap mi goreng tersebut.
  12. Gaulkan lagi.
  13. Masukkan Numee tadi.
  14. Gaulkan sehingga rata.
  15. Masukkan taugeh. Yang tak suka taugeh skip lah proses ini ya.
  16. Masukkan daun kucai. Kita letak banyak bagi colourful.
  17. Tadaa! Siaplah Numee Gardenia goreng kita.

Nota: Jika mahu berkuah sedikit boleh tambah air. Kicap dannn sos juga boleh ditambahkan mengikut selera masing-masing.

Ohhhh siap sudah mi goreng tanpa bawang! Guna Numee Gardenia Goreng je. Sungguh enak dimakan bersama telur.

Sumber: Nurhayati Maleq

Baca juga: Inovasi Makanan Yang Pelbagai, Resepi Samyang Rice Paper – Boleh Makan Sambil Menonton Korean Drama Bersama Tersayang!

tags: | |