Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Nasi Cepat Sangat Basi? Cara Ini Mampu Buatkan Nasi Anda Tahan Lama, Cantik & Lebih Lembut!

Nasi Cepat Sangat Basi? Cara Ini Mampu Buatkan Nasi Anda Tahan Lama, Cantik & Lebih Lembut!

Kategori: ,
cara masak nasi agar tahan lama

Pernah atau selalu ke anda masak nasi tak sampai sehari tapi dah basi? Mesti ada yang pernah kan. Masak nasi banyak-banyak sebelah pagi ingatkan boleh tahan sampai malam. Belum petang dah berbau dan lembik semacam je. Mungkin untuk kesekian kalinya anda boleh guna teknik yang dikongsikan oleh seorang individu di aplikasi TikTok ini.

Teknik yang dikongsikan oleh individu yang dikenali dengan Yanie BeeCary tersangatlah mudah. Cara ini bukan sahaja membuatkan nasi anda tahan lama malah ia akan menjadi lebih cantik dan lembut.

Cara Masak Nasi Agar Tahan Lebih Lama

  1. Cuci beras sekurangnya 3 kali. Segala kekotoran atau daki akan hilang.
  2. Apabila dah cuci bersih beras tadi, bolehlah perahkan limau nipis.
  3. Boleh juga nak masukkan daun pandan.
  4. Kemudian masak macam biasa dan lihatlah hasilnya.
@yaniebeecaryTips masak nasi biar gak cepat basi ##masak##VideoSnapChallenge ##hidupsehat ##coachyaniebeecary ##dapur ##home ##foodprep ##ibuhebat ##emak♬ Jaga Mata Jaga Hati – Dj Qhelfin

Mudah sahaja kan? Jadi lepasni jomlah sama-sama kita amalkan teknik ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit : TikTok Yanie BeeCary

Baca juga : Ini Dia Cara Masak Nasi Air Pantai Timur, Sangat Menyelerakan Tak Cukup Semangkuk

tags: |