Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Masak Nasi Guna Beras Serindit, Guna Cara Ini ‘Gerenti’ Lembut & Berderai Elok!

Cara Masak Nasi Guna Beras Serindit, Guna Cara Ini ‘Gerenti’ Lembut & Berderai Elok!

Kategori: ,
beras cap serindit

Beras Serindit merupakan beras yang berasal dari negara Thailand. Sememangnya ia banyak dijual dipasaran namun ada rakyat Malaysia tidak menjadikan beras serindit ini pilihan utama. Tetapi lain pula dengan rakyat yang tinggal di Pantai Timur. Kerana kebanyakan daripada mereka menyukai beras keluaran negara jiran ini.

Beras yang berasal dari negara Thailand atau Siam ini adalah berbeza cara memasaknya. Jadi tidak ramai yang tahu cara atau kaedah yang betul bagi memastikan nasi yang menggunakan beras cap ini tetap lembut dan enak dimakan.

Seperti mana pertanyaan dari Saufiah Ismail yang mana meminta pendapat atau cara untuk memasak menggunakan beras cap serindit. Memandangkan itu pertama kali beliau memasak menggunakan beras cap itu dan terpaksa meratah lauk sahaja kerana nasi yang dimasak berderai dan sebutir-sebutir.

beras cap serindit

Cara Masak Nasi Guna Beras Serindit

Oleh kerana beras Siam ini peroi, jadi apabila dimasak ia akan menjadi sebutir-sebutir memandangkan ianya kurang kanji.

Oleh sebab itu juga, apabila ia dimasak ianya tidak melekit. Jadi kalau anda nak nasi yang dimasak sedikit lembut, tidak keras pastikan air yang dimasukkan lebih.

Lebih dari kebiasaan yang anda masukkan ketika memasak menggunakan beras tempatan. Tetapi jangan risau kalau anda masukkan air yang banyak pun ia tidak akan menjadi terlalu lembik.

Jadi memang tidak rugi kalau anda guna beras ini. Ramai yang kata beras ini sedap lebih-lebih lagi kalau buat nasi goreng. Memang padu sungguh!

Baca juga : Masak Nasi Guna Beras Basmati Selalu Keras & Melekat? Guna 5 Tips Ini Barulah Sedap Nak Makan!

tags: | |