Pulut merupakan sejenis bijiran yang hampir sama dengan beras. Namun teksturnya lebih lembik dan apabila dimasak dia melekat antara satu sama lain. Pelbagai makanan atau hidangan yang boleh kita sediakan dengan pulut ini. Sama ada pulut manis, pulut kelapa atau pun pulut durian.
Segala hidangan tu akan menjadi lebih sedap kalau pulut yang dimasak tu sedap dan tak berkerak. Nak buat pulut yang macam ni? Mudah je. Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini.
Dah habis musim durian tak jumpa dah lepas ni. Durian kampung pun onzzz.
Sis lebih suka kukus pulut daripada tanak. Kukus tapinisi air bukan macam kukus pulut kuning tu.
Tips nak masak pulut secara kukus macam ni atau tanak. Air tu wajib paras pulut sahaja. Tak kisahlah banyak mana pulut pun. Sekilo ke. 3 kilo ke. Ais paras pulut sahaja. Tak perlu rendam. Kalau nak rendam kejap 1 hingga 2 pun boleh. Kadang-kadang sis tak rendam pun.
Mudah je kan nak masak pulut yang cantik dan tak berkerak? Kukus je. Sukatan air pun senang sahaja. Tak payah nak sukat dengan cawan atau jari ke apa. Ikut je paras pulut tu. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat pulut gaul kelapa. Makan dengan ikan kering, bestnya!
Kredit: Tuan Adriana Arissa Via MAHN
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Rahsia Pulut Kuning & Rendang Ayam Hasil Jualannya Yang ‘Laris’