Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Sayur Brokoli & Pak Choy Untuk ‘Pikat’ Hati Anak, Semua Makan Berebut!

Cara Masak Sayur Brokoli & Pak Choy Untuk ‘Pikat’ Hati Anak, Semua Makan Berebut!

Kategori:
cara masak sayur brokoli

 

Anak-anak susah nak makan sayur? Jom cuba masak sayur ikut cara hasil perkongsian oleh Suzana Saad ini. Dijamin anak-anak semua suka, sampai berebut! Kalau ikut cara ini, bukan setakat budak, orang dewasa pun makan bertambah. Ikuti resepi lengkap cara masak sayur brokoli dan pak choy di bawah.

Cara Masak Sayur Brokoli & Pak Choy Untuk ‘Pikat’ Hati Anak, Semua Makan Berebut!

  1. Pak choy dibelah dua. Rebus sehingga masak atau 1/2 masak.
  2. Susun pak chor yang sudah direbus di atas pinggan.
  3. Untuk sos, dalam mangkuk masukkan 2/3 sudu besar sos tiram, 1 sudu kecil seckup rasa dan 1/2 sudu kecil tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  4. Masukkan air kosong, sukatan agak-agak untuk letakkan atas sayur nanti. Tidak mengapa jika sedikit cair.
  5. Tumis bawang putih yang sudah dipotong kecil sehingga kekuningan.
  6. Masukkan bancuhan tadi, kacau sehinga pekat.
  7. Tuangkan di atas sayur pilihan anda, pak choy atau brokoli.
  8. Selamat mencuba!

Kredit: Suzana Saad

Baca juga: Lebih 4K ‘Shares’, Ini Resepi Udang Belon Ala Thai Guna 4 Bahan Sahaja

tags: |