Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Soto Paling Sedap. Resepi Yang Mudah & Ringkas!

Cara Masak Soto Paling Sedap. Resepi Yang Mudah & Ringkas!

Kategori:
Soto Paling Sedap

Sedapnya soto, memang sesuai untuk makan pagi, makan tengahari ataupun makan malam. Memang nikmat kalau dapat makan ni! Jom cuba buat resepi cara masak soto paling sedap, perkongsian oleh Fara Lome ini.

Cara Masak Soto Paling Sedap. Resepi Yang Mudah & Ringkas!

1) RESIPI KUAH SOTO (2 liter air/6 orang makan)

Bahan-bahan:

  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)
  • Bawang putih 1 ulas
  • Buah keras 1 biji
    #kisar semua bahan di atas
  • Ayam potong besar sebab nak carik kan nanti
  • Serai 2 batang (ketuk)
  • Minyak utk menumis
  • Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
  • Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
  • Kiub ayam 1
  • Akar daun sup (potong n cuci bersih)
  • Air 2 liter/ sejug
    #atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.

Cara-cara:

  1. Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
  2. Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
  3. Masukkan ayam. Agak2 air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
  4. Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
  5. Siap!

2) RESIPI BEGEDIL KENTANG

Bahan-bahan:

  • Ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil.
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Telur 1 biji
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebuskan ubi kentang. Bila dah masak, lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan, kemudian leperkan sedikit.
  2. Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.
  3. Panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil, jangan penuh.
  4. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
  5. Celup begedil dalam bancuhan telur dan goreng.
  6. Jangan balikkan selagi belah yang kena minyak tak garing atau kekuningan.
  7. Dah garing baru terbalikkan, kalau tak nanti pecah.
  8. Siap!
  9. Hidangkan semua yang sudah siap.
  10. Begedil dan ayam yang sudah dicarik.

 

tags: