Jom cuba masak sup ikan ala Siam yang sedap dan segar dengan aroma herba ini. Rasanya juga tidak hanyir dan sedap sungguh bila dinikmati.
Jika salah cara memasak, sup ikan ini akan berasa sangat hanyir dan sangat tidak menyelerakan untuk dimakan. Memang spoil mood orang kata, lagi-lagi apabila makan di kedai kerana kita membayar untuk makanan itu.
Jadi lebih baik jika buat sendiri di rumah. Kalau ada yang mahu mencubanya, jom ikuti resipi sup ikan perkongsian oleh Khadijah Jaafar di bawah.
Resipi Sup Ikan Ala Siam Yang Sedap
Bahan-bahan:
-
1 ekor ikan jenahak/merah saiz sederhana
-
2 biji tomato dibelah 4 – 8
-
1 sup bunjut Adabi
-
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akarnya sekali
-
2 helai daun limau purut
-
5-10 cili api
-
1 biji limau nipis, perah jusnya
-
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
-
Garam dan gula secukup rasa
-
Air secukupnya
-
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
-
Hirisan limau nipis, untuk hiasan
Bahan tumis:
-
3 batang serai, diketuk
-
1 batang kayu manis
-
1 kuntum bunga lawang
-
5 kuntum bunga cengkih
-
3 biji buah pelaga
Bahan-bahan tumbuk/mesin:
Cara-cara:
- Bahan-bahan tumbuk ditumbuk atau dimesin pun boleh. Ditumbuk lebih sedap, cik tie blend kering sahaja.
- Ikan dibersihkan, kemudian kerat kepada beberapa bahagian. Bersihkan ikan dengan sedikit perahan limau nipis untuk hilangkan hanyir. Kemudian, bilas ikan sehingga bersih. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 tumis hingga harum.
- Masukkan bahan2 tumbuk dan kacau rata. Tuang air secukupnya kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan sup bunjut & akar daun ketumbar, biarkan seketika.
- Tambahkan lada hitam.
- Tambah kepala ikan & daun limau purut. Kacau rata dan biarkan mendidih hingga ikan masak.
- Tambah jus limau nipis, tomato & cili api, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan sedikit gula. Kacau perlahan seketika. Matikan api. Taburkan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!!
Kredit: Khadijah Jaafar