Aplikasi Food Panda merupakan salah satu aplikasi tempahan makanan secara atas talian ataupun online. Masyarakat kita sekarang lebih suka memesan makanan atas talian berbanding walk-in terus ke tempat tersebut terutama bagi mereka yang sibuk bekerja. Kerana aplikasi ini memudahkan dan menjimatkan masa.
Terdapat pelbagai menu serta restoran yang boleh anda pilih dalam aplikasi ini. Tempahan makanan anda akan dihantar terus ke depan pintu rumah. Food Panda mempunyai pilihan sehingga 500 restoran yang mampu memenuhi pemintaan pelanggan.
1. Layari laman web Food Malaysia di https://www.foodpanda.my. Juga boleh dimuat turun di telefon bimbit anda bagi memudahkan membuat pesanan.
2. Klik button Sign Up sekiranya belum mempunyai akaun Food Panda. Masukkan details seperti first name, last name, no. tel, email, dan password. Klik button Register.
*Sekiranya sudah mempunyai akaun Food Panda, Login menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah berdaftar. Klik button login.
3. Lepas itu, tuliskan alamat anda atau on je location. Tak perlu risau, Food Panda bukan hanya di KL je, boleh dikatakan ada di setiap negeri. Lepas tu klik Find Restaurants.
4. Anda boleh memilih restoran yang dikehendaki. Banyak pilihan makanan beserta harga sekali. Tinggal nak pilih je.
5. Untuk memudahkan anda membuat pilihan, anda boleh tekan button Filter. Anda boleh filter makanan yang anda inginkan. Nak filter harga lain, offers atau jenis makanan pun boleh.
6. Bila dah pilih, anda boleh tetapkan hari dan masa penghantaran makanan tu. Kalau dah lapar sangat, nak delivery ASAP pun boleh.
7. Jika mahu add-ons pun boleh.
8. Dah habis pilih semua makanan, anda boleh checkout untuk pembayaran. Pembayaran boleh dibuat secara cash on delivery, online banking atau menggunakan debit/kredit kad. Last sekali, boleh place order dan tunggu hingga makanan anda sampai.
Di sini turut disertakan cara penggunaan aplikasi Food Panda menggunakan smartphone anda. Selamat mencuba!