Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Apam Jagung Yang Lembut Dan Gebu

Cara Mudah Buat Apam Jagung Yang Lembut Dan Gebu

Kategori: ,

Jarang sekali kan orang buat apam jagung? Apa kata anda cuba buat. Memang sedap sangat. Ikut je cara mudah buat apam jagung ni, memang mudah lepastu sedap, lembut dan gebu. Makan cicah pula dengan kelapa parut memang memuaskan.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 tongkol jagung dihiris
  • 200 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 1 1/2 sdt yis (mauripan)
  • 1 sdt baking powder
  • sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN :

  1. Blend jagung dgn 200ml air, ketepikan
  2. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula, santan, baking powder dan yis
  3. Kemudian masukkan jagung yang diblend tadi
  4. Masukkan pewarna kuning dan gaul sehingga sebati
  5. Perap selama 2 jam
  6. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak sehingga 3/4 paras acuan
  7. Biarkan 5 minit
  8. Kukus selama 15 minit hingga 20 minit dengan api sederhana.
  9. Hidangkan bersama kelapa parut + garam jika suka
  10. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Mas Cotek

Baca juga :Resepi Kuih Tradisional Kaswi Gula Merah, Dijamin Sedap

tags: