Kuih tepung gomak atau abuk-abuk merupakan kuih tradisional yang cukup terkenal di Terengganu dan Kelantan. Kuih tepung gomak ini dibuat daripada tepung pulut dan mempunyai bentul bulat dan mempunyai inti kelapa manis.
Bagi mengelakkannya melekat sesama sendiri kuih ini dilumur dengan tepung pulut atau tepung kacang hijau. Cara nak membuatnya mudah sahaja, jom kita cuba.
Cara Mudah Buat Kuih Tradisional Tepung Gomak Atau Abuk-abuk
BAHAN DOH:
- 2 cwn cwn tepung pulut
- 1 sdb tepung gandum
- 1 cwn santan (tak perlu habiskan) bergantung pada doh
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan tepung pulut dan tepung gandum
- Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh. Tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
BAHAN INTI:
- 3 cwn kelapa parut putih
- 1 cwn gula merah
- 1/2 cwn gula pasir
- 1/2 cwn air
- 1 sdb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
- 2 helai daun pandan disimpul
CARA PENYEDIAAN:
- Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan
- Masukkan kelapa parut
- Masak sehingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum
- Dgn api perlahan kacau rata sehingga intinya lembab² sedikit
- Angkat kemudian sejukkan
*Tepung kacang hijau secukupnya hat ni opah beli yg dh siap, sangai kemudian ayak
CARA PENYEDIAAN TEPUNG GOMAK
- Didihkan air
- Ambil sedikit doh (agak² le kome nak beso mana pun) masukkan inti kemudian bulatkan
- Rebus doh sehingga timbul/terapung
- Angkat dan toskan
- Golek atau salut dengan tepung hijau tadi
- Siap dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Mas Cotek
Baca juga : Mengidam Nak Makan Lemang? Jom Kita Buat Lemang Versi Kukus. Memang Sedap!