Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Putu Mayang, Tak Payah Bancuh Tepung Hanya Guna Bihun Faiza Sahaja!

Cara Mudah Buat Putu Mayang, Tak Payah Bancuh Tepung Hanya Guna Bihun Faiza Sahaja!

Kategori:
resepi putu mayang guna bihun faiza

Putu Mayang merupakan antara makanan tradisional India yang turut digemari oleh masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Kuih atau makanan ini diperbuat dari tepung beras dan juga tepung kanji. Ia akan dicampur dengan beberapa bahan lain seperti santan dan kemudiannya dikukus.

Putu Mayang ini memang sangat enak apabila dimakan dengan kelapa parut serta dicicah dengan gula putih atau pun gula melaka. Hidangan yang berbentuk mihun ini ada dijual di pasar malam atau pun di tepi jalan. Namun begitu, tak ramai yang menjumpai atau menjual putu mayang ini.

Teringin nak makan putu ini? Namun agak malas untuk membancuh tepung dan menekan doh pada sarangnya? Tak perlu risau, ini ada cara yang sangat mudah dan cepat. Hanya gunakan bihun Faiza ini sahaja. Nak tahu caranya? Jom kita lihat resepi perkongsian Putu Mayang dari Izeliwani Haji Ismail ini.

Cara Buat Putu Mayang Guna Bihun Faiza

Bahan-bahan:

  • Bihun Faiza | pilih yang rice vermicelli
  • Kelapa parut
  • Gula melaka
  • Gula perang
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Kisar 7 helai daun pandan.
  2. Rendamkan bihun Faiza tadi dalam air pandan.
  3. Kemudian kukuskan dalam 5 hingga 10 minit.
  4. Siap. Hidangkan bersama gula perang, kelapa parut dan gula melaka.

Mudah sahaja kan resepi Putu Mayang ini? Sekejap je dah boleh siap. Kalau nak buat untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah pun sempat tau. Bukan sahaja mudah dan cepat namun rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan. Persis dijual di pasar malam.

Kredit resepi: Izeliwani Haji Ismail

Kredit gambar: Julia ALeen Aireish

Baca juga: Resepi Putu Piring Tradisional Yang Sangat Mudah, Lembut & Sangat Enak. Sesuai Dimakan Ketika Musim Hujan!

tags: | | |