Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Guna ‘1 Bahan’ Ini Je Cuci Kerak Wiring Rack Air Fryer, Tak Perlu Dah Sental Kuat-Kuat

Guna ‘1 Bahan’ Ini Je Cuci Kerak Wiring Rack Air Fryer, Tak Perlu Dah Sental Kuat-Kuat

Kategori: ,
cara cuci air fryer

Tidak dinafikan banyak kegunaan Air Fryer dalam kehidupan seharian. Ianya dapat memudahkan cara memasak kita. Sebagai contoh kalau nak menggoreng ayam, tak perlu berdiri lama untuk menunggu ayam masak. Jika menggunakan Air Fryer, hanya perlu tinggalkan ayam dan boleh pergi membuat kerja lain.

Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci pula Air Fryer tersebut. Orang kata, nak cuci Air Fryer ini boleh tahan rumit juga bukan? Jadi apa kata jom ikuti teknik yang dikongsikan oleh Huda Zainal cara mencuci Air Fryer dengan mudah tanpa merosakkan komponen elektrik di dalam Air Fryer tersebut.

Guna ‘1 Bahan’ Ini Je Cuci Kerak Wiring Rack Air Fryer, Tak Perlu Dah Sental Kuat-Kuat

Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal. Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni.

Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental. Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya.

Nak tau cara, tengok gambar.

 

Lepas panggang ayam. Kerak kat wiring rack tu memanglah kuat melekat bertaut. Haih. Gaya dia melekat macam orang bercinta. Tak boleh dilepaskan.

Masukkan air 300 ml

Tambah cuka 3 sudu besar ye.

Set masa 200 celcius. Masa 15 minit. Sesudah habis tu biarkan air fryer sejuk.

Bonda buat ni lepas berbuka. Masa sahur baru cuci. Guna span dan sabun cuci pinggan je. Senang tanggal.

Bersihkan. Dengan cuka je nak lembutkan kerak tu. Lepas ni bolehlah buat ayam panggang selalu. Selalu air fryer ni tak guna sebab bercinta nak cuci.

Air fryer antara kitchen appliance yang pakai sekali kena cuci. Bukan cuci bila ada masa nak cuci ye anak-anak.

Kredit: Huda Zainal

tags: