Ini dia cara masak sayur sawi yang sedap. Walaupun sedap tetapi khasiatnya tetap ada. Sangat sesuai untuk sesiapa yang sedang mengamalkan diet.
Sayur sawi bunga ini memang banyak khasiatnya. Antaranya adalah ia membantu penghadaman makanan. Sekiranya dah lama anda tidak membuang air besar, cubalah makan sawi atau sup sawi.
Sawi ini mengandungi vitamin A, vitamin C, beta-karotena, kalsium dan serat. Ianya juga hampir tiada lemak dan mempunyai kalori dan karbohidrat yang rendah. Jadi ianya amat sesuai untuk di amalkan oleh sesiapa yang sedang diet.
Sumber: Cikgu Afy AL-Habibi