Seperti yang kita semua ketahui, kambing merupakan binatang ternakan yang boleh dibuat korban dan akikah. Selain itu, ada juga yang saja-saja menyediakan gulai kambing ini ketika majlis perkahwinan. Bukan sahaja gulai kambing, kambing bakar pun ada sekali. Ada yang membayar katering, ada juga yang cuba membuat sendiri.
Kalau semuanya buat sendiri, memang agak renyah dan mengambil masa yang lama. Memandangkan sesi sesi melapah atau memotong biasanya memang mengambil masa yang agak lama. Kalau nak cepat pun, perlu menggunakan tenaga orang ramai. Namun berkenaan dengan menyiat atau melapah kulit kambing ini, ada seorang individu di aplikasi TikTok mempertontonkan cara paling mudah menyiat kulit kambing.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Sapri, kelihatan beberapa orang lelaki melakukan sesi menyiat kulit berkenaan tidak seperti biasa. Apa yang menarik, mereka mengantung kambing dan kulit pada bahagian tekak dipotong sedikit. Kemudian mereka mengikat tali pada kulit pada bahagian tekak dan kemudiannya menarik dengan menaiki motosikal.
Cara yang dipertontonkan oleh mereka ini kelihatan sangat mudah dan cepat. Hanya sekelip mata sahaja, kulit kambing tersebut bercerai dari badan apabila dua orang lelaki yang menaiki motosikal itu menarik. Namun tidak dapat diketahui waktu bila video ini diambil. Sama ada video sudah lama sewaktu raya korban yang lepas atau pun yang terkini.
https://www.tiktok.com/@sapriiiiiariiii/video/7053443474913348866?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@sapriiiiiariiii♬ suara asli – sapri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kasihan melihat kulit kambing berkenaan ditarik sedemikian rupa. Malah ada yang mengatakan arwah kambing tersebut tidak tenang dan berkata ia seperti menyeksa binatang tersebut.
Dalam masa yang sama, ada yang berkata sekiranya tidak pernah menyembelih atau melapah kambing ini jangan pandai komen. Ada juga yang berkata, yang komen berkenaan dengan video tersebut pasti tak pernah masuk dapur.
Apa yang pasti, video yang dipertontonkan kepada orang ramai ini telah membuatkan ramai dalam kalangan kita berasa kasihan. Ekoran dari rasa kasihan itu, ada yang berkata jika berasa kasihan terhadap binatang yang disembelih ianya tidak boleh dimakan. Hal tersebut telah menyebabkan warganet bergaduh sesama sendiri.
Isu melapah atau menyiat kulit kambing dengan cara menarik menggunakan motosikal ini juga membuatkan ada dalam kalangan warga TikTok yang tidak berpuas hati. Memandangkan melapah kulit ini bukanlah satu cara yang mudah dan cepat jadi ia tidak menjadi masalah pun sebenarnya. Bukankah buat cara ini lebih cepat kan?
Berkenaan dengan isu tidak boleh dimakan binatang yang kita berasa kasihan tiada pun hukum tersebut. Rasa kasihan terhadap binatang atau haiwan yang disembelih tidak mempengaruhi halal dan haram sekiranya ia cukup syarat sah penyembilan.
Kredit: TikTok Sapri
Baca juga: Ini Rupanya Sebab Rasa ‘Pening’ Lepas Makan Kambing, Sedap Memang Sedap Tapi….