Nampak macam sedap je llao llao ni, tengok orang lain makan kita pun teringin juga. Tapi takut nak beli, risau juga kalau tak reti nak pilih menu.
Nak menyebut menunya pun berbelit lidah. Lagipun, kalau tersalah beli nanti jadi mahal pula. Macam mana cara order llaollao ni sebenarnya?
Kedai frozen yogurt jenama llaollao (sebutan yau-yau) yang ada di mall ni bukanlah baru, tapi pasti ramai lagi yang belum pernah mencubanya.
Berbeza dengan Tutti Frutti yang jadi kegilaan ramai dulu, harga frozen yogurt di llaollao bukanlah ikut timbangan, tetapi berdasarkan harga saiz cawannya.
Jadi, lagi mudahlah kita nak bajet harga untuk dibeli.
Walaupun rupanya seperti aiskrim vanilla, tapi sebenarnya llaollao adalah frozen yogurt. Jenama ni asalnya dari Sepanyol dan cukup terkenal di Eropah sebelum membuka outlet di serata dunia.
Oleh sebab ia adalah frozen yogurt, anda kena tahu yang rasa llaollao adalah masam, dan bukan manis macam aiskrim sundae vanilla!
Tapi, anda tak perlu risau. Bila frozen yogurt ni dah dipadankan dengan macam-macam topping serta pilihan sauce yang manis, ia pasti akan membuatkan rasanya lebih sedap sampai ketagih!
Jom kita tengok cara oder llaollao dengan mudah. Apa yang best dekat kedai frozen yogurt ni sampai orang asyik beratur?
Ada 5 saiz kesemuanya iaitu :
Biasanya peminat tegar llaollao akan beli saiz Large atau Sanum terus, bolehlah rasa macam-macam topping dan share dengan kawan!
Setiap saiz pula tawarkan jumlah topping berbeza yang boleh kita ambil. Antara topping yang tersedia di llaollao adalah :
*Kalau nak tambah topping, kena tambah RM 1.50.
Kalau pening atau tak tahu nak pilih topping jenis apa, boleh tengok dekat gambar bawah ni. Ada top 3 recommendation untuk crunch, fruits dan sauce. Confirm sedap!
Selain beli di mall, kita juga boleh order llaollao menerusi food delivery macam Foodpanda atau GrabFood.
Jangan tak tahu, pada setiap hari Rabu, kedai llaollao ada buat promosi diskaun mengikut minggu bagi setiap bulan! Dari pukul 1.00 pm sampai 7.00 pm saja tau.
Kalau dah tahu cara order llaollao dengan betul, barulah lebih yakin nak pilih topping dan sauce yang sedap. Mesti best kalau dapat makan llaollao masa cuaca panas macam sekarang ni.
Bagi yang berminat untuk dapatkan info lanjut dan promosi terkini mengenai llaollao, anda boleh ikuti media sosial rasmi llaollao seperti berikut :
Twitter llaollao Malaysia : @myllaollao
Facebook : llaollao Malaysia
Selamat mencuba dan selamat menikmati llaollao!