Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » First Time Nak Makan di Ikea? Ini Cara Order Makanan Ikea Yang Sedap. Rugi Tak Cuba Menu-Menu Ni!

First Time Nak Makan di Ikea? Ini Cara Order Makanan Ikea Yang Sedap. Rugi Tak Cuba Menu-Menu Ni!

Kategori: ,

Bila tengok orang lain makan di Ikea, pasti kita pun teringin, bukan? Tapi makanan apa yang best di Ikea? Tengok cara pesannya pun macam susah je? Macam mana nak order makanan Ikea yang sedap ni?

Bagi yang first time nak pergi, anda perlu tahu yang restoran di Ikea berkonsepkan self-service. Jadi, anda perlulah pesan sendiri di kaunter.

Sebelum anda ke Ikea, jom kita tengok cara order makanan di sini, senang saja sebenarnya!

Cara Order Makanan di Ikea

Bila anda melangkah masuk ke restoran, ambil dulang yang disediakan. Kalau anda plan nak pesan banyak makanan, ambil terus troli makanan. Letakkan dulang di atas troli.

Pada sebelah dulang, ada cawan dan gelas kosong. Bergantung pada air apa yang anda nak pesan, ambil cawan untuk ambil air panas. Kalau nak air sejuk, ambil gelas. Air boleh refill banyak kali tau! Kalau nak jimat, boleh kongsi ramai-ramai dengan kawan atau keluarga.

Setiap menu ada dilabel harga, anda hanya tinggal pesan dan bayar. Selain makanan yang disediakan oleh pekerja, sesetengah makanan seperti mushroom soup dan aiskrim juga perlu diambil sendiri.

Sekarang, anda sudah tahu cara pesan di Ikea. Makanan apa pula yang best dekat sini? Jom kita tengok menu apa yang anda wajib cuba di sini!

Makanan Ikea Yang Sedap Dan Wajib Anda Cuba

Swedish Meatball

Swedish meatball ni sudah jadi makanan trademark bagi Ikea. Rasa daging meatball yang popular ini sangat sedap dan berinti penuh. Memang ngam bila dimakan bersama kentang lenyek dan jem. Kalau nak share ramai-ramai, boleh beli 16 ketul sekaligus. Barulah berbaloi!

Chicken Lasagna

Dikatakan antara makanan yang paling sedap dan berbaloi dengan harga, anda wajib cuba chicken lasagna dekat sini! Jangan tak tahu, anda boleh panaskan lasagna di microwave yang disediakan, barulah lebih sedap bila dinikmati panas-panas.

makanan sedap di ikea

Chicken Wing

Selain meatball, chicken wing di Ikea juga cukup popular di kalangan peminat tegarnya. Kepak ayam ini juga ada banyak perisanya.

Antara menu chicken wing yang anda wajib cuba adalah honey garlic chicken wing dan salted egg chicken wing. Dari sekarang hingga 30 Jun 2022, terdapat juga menu istimewa iaitu Chicken Wing dengan Sos Masam. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba!

makanan ikea yang sedap

Karipap

Walaupun sekadar karipap, namun anda jangan pandang rendah dengan karipap yang ditawarkan di Ikea. Memang jadi rebutan ramai! Ada kalanya pelanggan boleh borong sampai berbeg-beg karipap ni.

Yang menariknya, dalam karipap ni ada telur,tau! Sangat sedap dan enak dimakan panas-panas.makanan ikea yang sedap

Mushroom Soup Dengan Garlic Bread

Anda juga wajib cuba mushroom soup di Ikea. Dicicah pula dengan garlic bread, memang lazat!

makanan ikea yang sedap

Honey Soy Beef

Walaupun harga agak mahal, tapi daging rusuk lembu yang ditawarkan di sini memang sangat sedap dan berbaloi dengan harga.

Bukan saja portionnya besar, anda pasti terkejut dengan tekstur daging yang lerai dari tulang dan sangat lembut. Selain Honey Soy Beef, anda juga boleh cuba Asian BBQ Beef yang dikatakan cukup enak!

makanan ikea yang sedap

Selain makanan yang disenaraikan di sini, anda juga boleh cuba menu lain yang best seperti aiskrim, frozen yogurt, raspberry cake,  almond cake, fish and chips dan chicken spring roll.makanan ikea yang sedap

makanan ikea yang sedap

makanan ikea yang sedap

Banyak rupanya makanan Ikea yang sedap! Selain tawarkan pelbagai menu menarik, Ikea pastinya menawarkan pengalaman makan yang berbeza berbanding tempat lain.

Bila selesai makan, jangan lupa untuk angkat pinggan dan cawan serta gelas yang dah digunakan dan letakkan di tempat yang disediakan, ya! Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke Ikea hari ni!

Sumber : Twitter @ctjamil92, TikTok @fhazilanasir

tags: |