Apam Telur atau Apam Lambung merupakan antara kuih muih yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Kuih ini sememangnya banyak dijual di pasar malam atau pun pasar tani. Kebanyakan yang menjual kuih ini adalah golongan tua. Namun bagi anda yang ingin cuba buat sendiri kuih ini di rumah boleh sangat.
Ikuti sahaja perkongsian resepi dari Muliadi Ramli ini, sangat mudah dan sememangnya bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
Resepi Apam Telur Yang Mudah Dan Sedap!
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung beras
- 3 sb tepung ubi
- 2 sk yis mauripan
- Garam secukup rasa
- 3/4 cawan gula | kalau suka manis letak lebih
- 1 sk pewarna kuning
- 2 sk perasa vanilla
- 2 cawan air
- 6 biji telur
- Kelapa parut putih
Cara Penyediaan:
- Campurkan tepung beras, yis, tepung ubi, garam dan gula.
- Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rataa dan tutup. Biarkan 1 ke 2 jam.
- Kemudian ambil adunan tadi, masukkan sedikit pewarna kuning dan perasa vanilla dan kacau rata.
- Kemudian masukkan dalam satu bekas, anggaran dalam 1 1/2 cawan dan 2 biji telur. Kacau rata dan sebati. Anggaran 1 biji kuih dengan 1 biji telur, memang lebih telur sedap makan.
- Masukkan ke dalam bekas acuan, sapu minyak.
- Bakar atas api perlahan dan apabila keperangan balikkan. Boleh bakar bahagian bawahnya supaya masak sekata.
- Apabila masak boleh angkat.
- Siap untuk dihidangkan bersama kelapa parut.
Mudah sahaja kan nak buat Apam Telur ini? Makan pula waktu panas, memang terlebih padu rasanya. Kalau buat pun pasti puas hati punya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
Kredit: Muliadi Ramli
Baca juga: Resepi Telur Goreng Syahdu Yang Mudah & Sedap. Satu Rumah Mengidam, Tak Cukup Sepinggan Nasi!