Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling Mudah Buat Donat, Tak Perlu Uli Pun. Gaul Sahaja Dengan Sudu Tetap Kembang Elok!

Cara Paling Mudah Buat Donat, Tak Perlu Uli Pun. Gaul Sahaja Dengan Sudu Tetap Kembang Elok!

Kategori: ,
cara paling mudah buat donut

Donat merupakan kuih muih Melayu lama yang sehingga kini digemari oleh semua peringkat umur. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang tua juga sangat menggemari kuih yang bulat comel ini. Walaupun dia digemari ramai namun tidak ramai yang tahu cara membuat kuih donat ini.

Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian Sal SY ini. Menurutnya dia tidak menguli donat ini. Hanya kacau dengan sudu dan masukkan ke dalam oven.

Resepi Kuih Donat Yang Sedap, Lembut & Terbentuk Comel

Okey hari ni sis buat donut express dengan mood buat perangai malas nak uli doh. Kacau adunan dengan sudu je malas nak uli beria sangat. Selalunya sis guna BM tapi malas nak guna lambat. Buat tadi nak serba cepat tak peduli dah doh elastik ke apa ke janji cepat nak makan. 

Kembangkan doh pun guna oven punya la nak cepat on suis biar oven panas dan tutup masuk doh kat dalam biar kembang camtu je. Sis buat nak bagi cepat. Sejam lebih je siap, selalunya buat donat makan masa 3 hingga 4 jam untuk dapat kualiti the best. 

Alhamdullillah donat dan roti lembut juga. Buat satu setengah cawan tepung dapat la banyak ni. Sisi bagi resepinya sekali ye. Walaupun banyak kali dah duk ulang-ulang resepi donat ni tapi kali ni tak payah uli sampai patah tangan. Buat ala kadar sudah tapi donatnya mantap. 

Bahan-bahan:

Bahan kering

  • 1 setengah cawan Tepung gandum
  • 1sk bread improver
  • 1sk baking powder
  • 1sb susu tepung
  • 2sb gula
  • 1sk yis
  • Secubit garam

Bahan cecair

  • 1 kuning telur
  • 1sk esen vanilla
  • Setengah cawan susu segar
  • 1sk pelembut cream super – jenama lain pun ok
  • 1sb marjerin

Cara Penyediaan:

  1. Suamkan susu, masukkan yis dan gula. Kacau-kacau sampai gula larut. Tunggu hingga yis berbuih aktif macam ni. 
  2. Masukkan tepung.
  3. Masukkan semua bahan kering dalam bekas besar. 
  4. Tuangkan yis yang dah aktif, masukkan bahan cecair gaul rata dengan sudu atau tangan. 
  5. Masukkan marjerin kacau sehingga sebati. 
  6. Okey kacau macam ni je, tutup doh tunggu kembang. 
  7. Dah kembang ni masukkan doh dalam oven. 
  8. Celup sikit tapak tangan dalam minyak masak bulatkan doh macam ni. Doh tak berapa licin buat lebih kurang je. Kembangkan doh untuk diterap. 
  9. Apabila doh dah kembang, renjiskan tepung dan tekan doh bagi leper terap acuan camni. 
  10. Okay siap terap. Nampak berkedut kan sebab rounding tak licin tapi biarkan nanti goreng akan licin. Sekejap donat dah kembang dan ringan. 
  11. Boleh lah goreng dengan api perlahan. 
  12. White ring nampak nipis je kan. Tapi takpe janji donat lembut dan tak serap minyak. 
  13. Siap untuk dimakan. 

Mudah sahaja kan nak buat donat ni? Tengok dan praktik cara yang dikongsikan oleh Sal Sy ini. Terlalu mudah, tak payah uli ke apa ke. Jimat masa dan tenaga. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita cuba buat sekarang!

Kredit: Sal SY Via BIKMM

Baca juga: 1 Doh Boleh Buat 4 Jenis Kuih. Pau Goreng, Donat, Bomboloni & Burger Malaysia!

tags: | |