Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling Mudah Buat Nasi Lemak Pandan, Guna Cara Ini Pasti Lebih Sedap & Padu!

Cara Paling Mudah Buat Nasi Lemak Pandan, Guna Cara Ini Pasti Lebih Sedap & Padu!

Kategori: ,
cara mudah buat nasi lemak pandan

Dah puas asyik makan nasi lemak biasa? Jadi apa kata kali ini buat pula Nasi Lemak Pandan. Rasanya memang sedap daripada nasi lemak biasa. Lebih lemak dan yang pasti memang tersangat padu. Nak menyediakannya juga hampir kurang sama dengan nasi lemak biasa.

Nak cuba buat Nasi Lemak Pandan ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Nurul Huda Sulaiman ini. Kalau buat memang puas hati punya!

Resepi Nasi Lemak Pandan Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras | basuh bersih
  • 4 cawan santan segar
  • 2 cawan air | bergantung kepada nisbah air & beras
  • 6 biji bawang merah + 2 ketul halia besar ibu jari
  • 1 sb garam
  • 1 sk gula
  • 3 helai daun pandan
  • 2-3 titik pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Basuh bersih beras dan masukkan santan. 
  2. Kemudian masukkan bawang, halia, garam, gula dan daun pandan. 
  3. Titikkan pewarna hijau. 
  4. Kacau sebati dan masak macam biasa. 
  5. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Lemak Pandan ini? Jadi tunggu apa lagi tu. Jom kita cuba masak sekarang. Kalau sedap, kongsikan juga resepi ini kepada kenalan anda ya.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nurul Huda Sulaiman

Baca juga: Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Ikan Ayer di FB, Mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Turut Nasihati Suami Masuk Dapur Tolong Isteri

tags: | |