Umum mengetahui bahawa buahan import atau sayuran import mengandungi lilin atau wax. Salutan wax atau lilin ini direka khas bagi memelihara kesegaran buahan atau sayuran. Wax ini berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buahan atau sayuran sentiasa kelihatan segar, licin dan baik.
Dalam masa yang sama ianya juga adalah untuk melindungi buah dari serangan kulat yang mana akan menyebabkan buahan atau sayuran cepat buruk atau busuk. Bagi menghilangkan wax atau salutan lilin pada buahan tersebut, anda perlu mencuci buahan atau sayuran tersebut dengan teliti.
Pelbagai cara yang ada di google sama ada menggunakan cuka, tepung gandum atau soda berkarbonat serta sebagainya. Tapi cara-cara tersebut agar sukar dan kadang-kala menjejaskan rasa sayuran tersebut.
Ini ada seorang lelaki di laman facebook berkongsi cara yang selalu di amalkannya untuk menghilangkan wax pada buahan atau sayuran. Beliau menggunakan Atomy Dish Detergant dari Korea. Menurutnya Dish Detergent yang digunakan olehnya itu sesuai untuk membasuh makanan serta botol susu bayi. Cara tersebut adalah lebih mudah dan lebih cepat. Lebih kurang 10 saat sahaja, semua salutan lilin pada sayuran tersebut dah hilang.
Sumber: Facebook Tengku Asmadi
Baca juga : Cara Cuci Kerak Kuali Dengan Mudah. Walaupun Dah 10 Tahun, Tetap Berkilat Macam Baru!