Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Paling Mudah Untuk Lembutkan Daging, Guna Minyak Masak Sahaja. Mudah & Pantas!

Cara Paling Mudah Untuk Lembutkan Daging, Guna Minyak Masak Sahaja. Mudah & Pantas!

Kategori: ,
cara lembutkan daging dengan minyak masak

Seperti yang kita ketahui daging merupakan antara lauk yang agak susah untuk lembut. Bahkan proses untuk lembutkan daging ini agak lama. Tidak kira lah daging kambing, kerbau atau pun lembu. Namun rakyat Malaysia kebanyakannya terbiasa dengan daging lembu kan?

Kalau nak sediakan hidangan atau menu yang berkaitan dengan daging ini pasti akan mula memasak lebih awal. Tapi kalau korang tahu cara paling mudah untuk lembutkan daging ini pasti lepas ni masak last minute pun okay.

Nak tahu cara tersebut? Jom kita ikuti perkongsian dari Mahamidah Hamdan ini. Caranya sangatlah mudah. Hanya menggunakan minyak masak sahaja.

Petua Lembutkan Daging Dengan Minyak Masak, Sangat Mudah!

Cara-caranya:

  1. Bubuh 2 sudu minyak masak dan panaskan minyak.
  2. Kemudian masukkan daging.
  3. Air akan keluar sendiri dari daging tu.
  4. Gunakan api yang kuat.
  5. Kacau sekali sekala je daging tu. Masak sampai air kering.
  6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali. Air dah kering maka lembutlah daging tu. petua lembutkan daging

Senang je kan nak melembutkan daging ni? Tak payah dah nak guna soda ke nenas ke atau masukkan dalam pressure cooker. Guna je petua atau teknik ini. Pasti berpuas hati punya.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Mahamidah Hamdan Via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Teknik Orang Thai Lembutkan Daging Dengan Cepat, Guna Bahan Ini Je!

tags: | |