Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Paling Mudah & Berkesan Tanggalkan Roadtax Kereta, Guna Tuala Dan Air Ini Sahaja!

Cara Paling Mudah & Berkesan Tanggalkan Roadtax Kereta, Guna Tuala Dan Air Ini Sahaja!

Kategori:
cara tanggalkan roadtax dengan mudah

Setiap kali nak buang atau tanggalkan roadtax pada kenderaan pasti merisaukan kan? Bimbang cermin kereta menjadi semakin hodoh dan comot. Tambahan pula kalau kita tanggalkan pasti ada sisa-sisa gam yang melekat dan roadtax tak tercabut sekaligus.

Nak tahu cara paling mudah dan berkesan untuk tanggalkan roadtax ini? Kalau guna cara ini sangat senang. Sekali tarik je dah tertanggal semua. Malah sisa-sisa roadtax atau gam sedikit pun tak melekat.

Tips Tanggalkan Roadtax Kenderaan Dengan Mudah & Berkesan!

  1. Rendam kain atau tuala dengan air panas. 
  2. Letak kain tadi di bahagian luar cermin kereta iaitu betul-betul di atas roadtax yang hendak ditanggalkan. 
  3. Biarkan selama 5 hingga 10 minit atau sehingga gam berkenaan cair. 
  4. Selepas 5 hingga 10 minit, tanggalkan roadtax berkenaan perlahan-lahan.
  5. Hasilnya tiada sedikit pun bekas gam yang ditinggalkan. 

Mudah sahaja kan cara menanggalkan roadtax pada kenderaan ini? Guna sahaja tuala dan air panas. Tunggu sekejap kemudian tarik. Tiada masalah dah lepas ni nak kikis atau sapu minyak ke apa. Memang sangat mudah dan berkesan.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Debu Putih

Baca juga: Ramai Sangat Tak Tahu! Ini 25 Petua Cuka Yang Boleh Kita Gunakan Dalam Kehidupan Seharian Kita.

tags: |