Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jualan Turun Menjunam Tapi Dapat Bangkit Lagi, Cara Peniaga Nasi Ayam Kawal Situasi Buat Orang Ramai Respect!

Jualan Turun Menjunam Tapi Dapat Bangkit Lagi, Cara Peniaga Nasi Ayam Kawal Situasi Buat Orang Ramai Respect!

Kategori:
peniaga nasi ayam

Sudah menjadi kebiasaan dan adat berniaga, naik turun perjalanan berniaga akan dihadapi dan ditempuhi oleh seseorang. Ia berbalik tentang bagaimana kita mengendali situasi dengan berfikiran terbuka demi mengekalkan kestabilan perniagaan dalam merintangi cabaran.

Seperti yang dikongsi oleh seorang peniaga nasi ayam di laman Twitter, dia mendapat perhatian ramai apabila reaksinya yang berfikiran terbuka untuk mendengar cadangan dan kritikan orang lain demi meningkatkan kualiti dan mutu hasil jualan.

Jualan Turun Menjunam Tapi Dapat Bangkit Lagi, Cara Peniaga Nasi Ayam Kawal Situasi Buat Orang Ramai Respect!

peniaga nasi ayam

Menurutnya, mendengar maklum balas (feedback) daripada pelanggan sendiri terutamanya adalah hal yang penting dalam berniaga. Dengan berfikiran terbuka, apa yang kurang dapat ditambah mengikut citarasa orang ramai, bukan hanya mementingkan pemikiran diri sendiri.

Katanya pada awal penceritaan, jualan kedai jatuh merudum secara mendadak ditambah dengan ketiadaan staf. Oleh sebab itu, hampir semua kerja kedai dilakukan sendiri untuk memastikan operasi perniagaan mampu berjalan.

“Aku berlari cuci ayam ikan, goreng lepastu buat nasi goreng. Buat air. Aku berdoa semoga apa-apa yang ‘sangkut’ cepat berlalu. Dulu sampai orang berdiri tunggu meja. Beratur tunggu meja.

“Ayam, ikan sold out sebelum closing. Cantik je semua. Since cuti sekolah haritu, secara tiba-tiba lengang. Aku just positive, mungkin belum cukup sedap untuk customers repeat lagi,” katanya dalam ciapan peniaga nasi ayam kawal situasi.

peniaga nasi ayam

Dia yang merupakan peniaga Nasi Ayam Cabe Cobek, Muar, Johor berkata, penurunan harga jualan tidak patut disalahkan oleh orang lain, tetapi harus melihat kepada apa yang dijual kepada pengguna atau pelanggan. Dari situ, apabila tahu kelemahan, kita akan dapat membuat peningkatan.

Tak Perlu Salahkan Orang Lain, Dengar Feedback Customers Dan Perbaiki

“Aku takdalah nak fikir jauh-jauh sangat. Aku just anggap aku kena improve lagi je nasi ayam, sambal semua. Lagipun nasi ayam penyet dekat Muar banyak yang legend. Aku lah menyelit tiberrr. Dahlah sambal kurang ajar punya pedas.

“Aku bukan tweet minta simpati, jauh sekali nak kaitkan hal mistik. Cuma nak berkongsi rasa penat dan realiti F&B. Aku nekad waktu pertama kali aku buka shutter kedai, “aku nak mati sebagai jutawan kedai makan!”

“Biasalah meniaga naik turun. Aku akan improve lagi dan lagi,” luahnya lagi dalam bebenang ciapan yang sama.

Oleh hal demikian, dia nekad untuk mendengar apa yang perlu diperbaiki oleh pelanggannya sendiri dan meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi jika ada pelanggan yang mengalami pengalaman kurang baik.

peniaga nasi ayam

“Aku dah baca few comments dan aku sedar dan tahu salah satu masalah adalah bahagian kitchen. Aku dah ambil langkah drastik dengan take over 100% dapur berkuatkuasa minggu lepas. Minta maaf bafgi customer yang experience pengalaman kurang baik. Aku komited untuk baiki lagi dan lagi,” ujar Naufal.

Selepas pengambilan maklum balas daripada pelanggan, dia mengubah corak langkah perniagaanya dan dapat mengembalikan perniagaan dengan lancar semula.

“Alhamdulillah terima kasih semua. Jam 2:15 petang dah sold out. Ada customer lama bagi feedback “inilah dia sambal cobek yang saya nak”. Nak nangis aku. Lepas ni takda lagi dah aku nak serahkan bulat-bulat kepada orang lain. Start fresh dan mari menuju kejayaan,” katanya semangat.

Jualan Makin Laku, Jam 2:15 Petang Dah Sold Out

peniaga nasi ayam

peniaga nasi ayam

Daripada kisah peniaga nasi ayam ini, semoga ini dapat memberi suntikan semangat kepada peniaga lain untuk tidak mudah mengalah dan berfikiran terbuka semasa berniaga. Ia sememangnya hal yang penting. Daripada situlah kita dapat melihat kembali apa yang perlu ditambahbaik untuk kestabilan berniaga.

Sumber: naufalantezem

Baca juga: “Dia Nak Bayar Tapi Saya Tak Ambil..”, Pelanggan ‘Istimewa’ Pembawa Nikmat, Netizen Doakan Peniaga Ini Murah Rezeki

tags: | |