Menjadi satu trend jika berkunjung ke Paris, minuman hot chocolate yang dimakan bersama croissant dan whipping cream yang dicicah ke dalamnya menjadi satu kewajipan di sana. Sesiapa yang pergi melawat ke kota cinta itu, pasti akan mengambil peluang untuk mencubanya di restoran-restoran yang terkenal.
Dan baru-baru ini, seorang personaliti media sosial, Khairulaming berkunjung ke Paris dan mencuba hot chocolate di sana. Setelah balik ke Malaysia, dia mencuba pula hot chocholate yang diminum dengan cara sama seperti di Paris.
“Hari ini kita nak try hot chocolate yang kosong dekat Starbucks tu sama ke tak yang minum dekat sana. Kita try dahulu. Ni aku order Classic Hot Chocolate cuma aku custom sikit,” terangnya dengan memberi cara pesan set air chocolate Khairulaming di Starbucks.
@khairulaming Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try 😁 #makanlokal #hello2023
@khairulaming Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try 😁 #makanlokal #hello2023 ♬ Morning in Paris – Morning Chill Playlist
Bagi Khairulaming, selepas mencuba hot chocolate yang diminum dengan cara minuman ala Paris berkenaan, kadar kesamaan yang diletak olehnya adalah lebih kurang 6 daripada 10. Korang bolehlah cuba dan try set air chocolate Khairulaming Starbucks berhampiran.
Sumber: Khairulaming