Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Kalau Tak Siang Dengan Baik, Boleh Buatkan Kita Sakit Perut ! Ini Cara Pilih dan Siang Kupang Dengan Betul !

Kalau Tak Siang Dengan Baik, Boleh Buatkan Kita Sakit Perut ! Ini Cara Pilih dan Siang Kupang Dengan Betul !

Kategori:
cara pilih kupang

Rasa kupang hijau yang segar memang tidak dinafikan cukup lazat. Maka tidak hairanlah mengapa ia menjadi makanan laut kegemaran bagi sesetengah orang.

Di negara kita, kupang sangat popular di selatan tanah air. Ia juga sesuai untuk dijadikan menu utama bagi pelbagai hidangan lauk pauk seperti shellout, kupang sambal, kupang masak lemak cili padi, kupang masak kari dan rendang kupang. Kalau nak direbus begitu saja pun dah cukup sedap !

Cara Pilih dan Siang Kupang

Namun, tahukah anda cara pilih dan siang kupang dengan betul sebelum memasak ?

Jom kita ikuti beberapa tips daripada pakar makanan laut ini, iaitu Muhammad Azmi Mahmud, seorang penjual kupang berpengalaman.

Cara Pilih dan Siang Kupang Dengan Betul, Barulah Betul-Betul Bersih !

Pilih Yang Segar dan Hidup

  • Untuk menjamin kesegaran kupang, pastikan ia masih hidup. Kalau nak tahu sama ada ia masih hidup atau tidak, ia akan tertutup rapat bila kita ketuk sedikit.
  • Lagi satu tips untuk kenalpasti kesegarannya ialah melalui bau kupang. Kalau kita masih boleh bau air laut itu, maka ia masih segar.
  • Jika anda dapati baunya busuk dan kupang ternganga, lebih baik dibuang saja kupang tersebut.
  • Kalau anda nak beli yang kupang frozen pun tak ada masalah, namun ia sudah tentu tidak menjamin rasa segar dan manis yang sama seperti kupang segar.

Cara Pilih dan Siang Kupang

Siang Betul-Betul

  • Berbanding dengan kerang, kupang dikatakan lebih unik kerana ia perlu disiang dengan betul sehingga benar-benar bersih.
  • Basuh kulit kupang hingga bersih daripada sebarang kekotoran.
  • Yang paling penting, anda perlulah cabut dan buang gumpalan rambut yang ada pada kupang.
  • Jika tak dibuang, rambut ini boleh membuatkan kita sakit perut setelah memakannya !
  • Untuk memudahkan anda siang kupang, anda boleh masukkan kupang hidup ke dalam freezer selama 15 hingga 20 minit. Tempoh ini sudah cukup untuk membuatkan kupang mati, jadi lebih mudah untuk kita tarik rambutnya.
  • Selepas 15 hingga 20 minit, keluarkan kupang, bersihkan dan anda sudah boleh mula menyiangnya.

Cara Pilih dan Siang Kupang

Cara Masak Kupang Mengikut Menu Pilihan

  • Anda boleh pilih sama ada nak masak sekali dengan kulit atau hanya masak isi kupang.
  • Jika mahu masak dengan kulitnya, anda boleh teruskan masak seperti biasa.
  • Sekiranya anda mahu masak tanpa kulit, apa yang anda boleh buat adalah rebus kupang terlebih dahulu separuh masak, kemudian barulah kopek isi daripada kulitnya.

Begitulah serba sedikit cara pilih dan siang kupang dengan betul. Dengan pilihan kupang yang tepat, pastinya rasa hidangan anda akan jadi lebih lazat.

Apapun, semoga perkongsian tips ini dapat memudahkan urusan anda dalam penyediaan menu berasakan kupang. Selamat mencuba !

Sumber : Muhammad Azmi Mahmud

tags: |