Ayam merupakan antara lauk pauk yang sering dihidangkan dan menjadi pilihan utama kebanyakan dari kita.
Resepi Rahsia Buat Paprik Ayam
BAHAN-BAHAN:
- Ayam bahagian dada
 
- Serbuk kunyit
 
- Garam secubit
 
- Bawang merah | ditumbuk sehingga lumat
 
- Bawang putih| ditumbuk sehingga lumat
 
- Halia| ditumbuk sehingga lumat
 
- Serbuk cili
 
- 1 batang serai
 
- Daun limau purut
 
- Sos cili
 
- Sos tiram
 
- Kicap manis | letak sikit sahaja nak bagi warna sos cantik
 
- Sayur ( kacang panjang, bunga kobis atau lain-lain)
 
CARA PENYEDIAAN:
- Potong dadu ayam, masukkan kunyit, garam
 
- Goreng ayam separuh masuk dan ketepikan.
 
- Tumis bawang putih, bawang merah dan halia bersama dengan serbuk cili, serai dan daun limau purut.
 
- Tumis sehingga garing kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram dan kicap.
 
- Tambahkan lagi garam dan perasa.
 
- Apabila sudah masak pecah minyak sempurna, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Kemudian masukkan pula sayuran.
 
- Siap untuk dihidangkan.
 
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Nurbaizura Sani Via Ilham Media