Pernahkah anda terkena kayap ular atau mendengar tentang kayap ular ini? Kayap ular atau ‘herpes zoster‘ merupakan komplikasi kulit dan saraf yang amat menyakitkan hingga dikatakan boleh membawa kepada kematian jika ia bersambung.
Menerusi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Twitter, masalah kayap ini adalah berpunca daripada jangkitan virus Varicella Zoster (cacar air). Bagi individu yang pernah dijangkiti cacar air, kemungkinan besar akan mendapatkan kayap di masa akan datang.
Tanda awal seseorang itu dijangkiti kayap adalah mula rasa gatal, merenyam serta pedih sebelum dipenuhi dengan ruam lepuh berisi cecair yang menyakitkan. Walaubagaimanappun, Dr Kamarul tidak menafikan virus ini boleh membawa maut jika terdapat komplikasi ekoran sistem imuniti yang lemah.
Sementara itu ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Abd Halim ada berkongsi beberapa rawatan bagi masalah kayap ini. Antaranya dengan menumbuk lumat daun cili dan kapur makan, kemudian sapukan pada bahagian yang dijangkiti kayap ini. Selain itu, anda juga boleh guna petua semulajadi seperti campuran pucuk daun bunga mawar, daun setawar serta pucuk semambu.
Gunakan “Rumput Sambau” yang dianggap tak berguna ini sangat berguna untuk rawatan penyakit KAYAP.
caranya?
Bedak sejuk + rumput sambau (dilumat)
Sapu di bahagaian kepala kayyap
Ulang setiap hari sehingga kering
PETUA LAIN?
Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
Petua 3.
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
Petua 4.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 5.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyakit-penyakit kulit yang lain.
Petua ke 6.
- Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
Daun keladi merbah
- Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
- Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Petua ke 7
menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudiannya ambil air daunnya serta air perahannya ditampalkan pada tempat yang terkena kayap dan dibalut semalaman,
Petua ke 8
Zafarul Zain Satu lagi ubat kayap,saya dah try sendiri. Guna daun lidah buaya/aloe vera. Sapu ja kat tempat yg terkena kayap tu. Insyaallah, 2 atau 3 hari sembuhlah.
Sumber: Dr Kamarul & Abd Halim