Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Kongsi Cara Senang Hirup Sup Dalam Plastik Tanpa Buka Ikatan Getah, Caranya Dapat Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Wanita Ini Kongsi Cara Senang Hirup Sup Dalam Plastik Tanpa Buka Ikatan Getah, Caranya Dapat Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Kategori: ,,
hirup sup dalam plastik

Biasanya, jika kita membungkus atau tapau makanan dari kedai, kuah dan nasi akan diasingkan dalam setiap bungkusan plastik dan kertas.

Ada kalanya, bungkusan kuah dalam plastik diikat dengan ketat dan bersimpul oleh peniaga. Ini kerana mereka tidak mahu kuah tersebut tumpah dari bungkusan.

Wanita Ini Kongsi Cara Senang Hirup Sup Dalam Plastik Tanpa Buka Ikatan Getah, Caranya Dapat Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Dengan itu, sebuah video dari seorang wanita di laman TikTok mendapat perhatian ramai hingga tular apabila dia berkongsi ‘life hacks’ untuk menghirup sup dalam plastik tanpa buka ikatan getah.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dengan nama pp_ary itu menunjukkan cara mendapatkan kuah dari bungkusan plastik dengan hanya mencucuk plastik tadi menggunakan garfu.

Selepas itu, kuah boleh diambil selepas tekanan berlaku dan ia akan mengalir dari lubang plastik yang ditembus oleh garfu tadi.hirup sup dalam plastik

Hasilnya, kuah dapat dihirup tanpa perlu membuka ikatan getah pada plastik sup tersebut.hirup sup dalam plastik

Oleh sebab ramai yang teruja untuk mencuba sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen, video berkenaan meraih sehingga 9.7 juta tontonan dan 275.2 ribu tanda suka setakat ini.

Cucuk Plastik Dengan Garfu…hirup sup dalam plastik

@popp_ary

#stitch with @พี่ยิฟฟฟฟฟเอง omggg it really works guys! 🤣🤣

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

@pp_ary #stitch with @พี่ยิฟฟฟฟฟเอง ♬ Cupid Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version

Meninjau ruangan komen netizen, pelbagai pendapat dilontarkan di ruangan komen. Daripada reaksi terhibur hinggalah kepada komen yang menitikberatkan tentang kebersihan makanan.

“Saya tak boleh hidup kalau tak banjir”, komen netizen dengan nama Flaminhotcheetoz terhadap video hirup sup dalam plastik itu.

“Yayyy! Tapi perlu berhati-hati dengan kebersihan plastik sup tu,” nasihat netizen lain bernama Jypsonathathai.

“Lepas ni boleh try..”, tulis beberapa netizen berpendapat untuk mencuba ‘life hacks’ hirup sup dalam plastik tanpa buka ikatan getah tersebut.

Geng Kuah Banjir Tak Boleh Buathirup sup dalam plastik

Bagi pendapat Min pula, Min akan buka sahaja ikatan getah tu sebab Min makan nasi harus dicampur dengan kuah, dan kuah mestilah banjir.

Tapi tak apa, ‘life hacks’ ini akan memudahkan orang-orang yang suka hirup kuah berasingan dengan makan nasi.

Kalau korang pula suka makan style macam mana?

Sumber: pp_ary

Baca juga: “Ini Cara Nak Minta Cuti MC”, Pelanggan Pesan Makanan Extra Pedas, Netizen Terhibur Baca Nota Pesanan Foodpanda

tags: | |