Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Simpan Daun Kunyit, Pudina & Kesum, Tahan Hingga Sebulan Dalam Peti Sejuk

Cara Simpan Daun Kunyit, Pudina & Kesum, Tahan Hingga Sebulan Dalam Peti Sejuk

Kategori: ,
Cara Simpan Daun Kunyit

Apa-apa jenis sayur memang tidak akan tahan lama jika tidak disimpan dengan betul di dalam peti ais. Jadi bagaimana nak pastikan sayur mampu kekal segar walaupun disimpan sehingga sebulan di dalam peti ais? Jom ikuti perkongsian cara simpan daun kunyit, pudina & kesum perkongsian oleh Huda Zainal di bawah.

Cara Simpan Daun Kunyit, Pudina & Kesum, Tahan Hingga Sebulan Dalam Peti Sejuk

Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.

Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.

Nak tau cara tengok gambar.

Caranya:

Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator. Tak lah asyik membazir je bila beli tak guna.
Hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
Semoga bermanfaat.
tags: