Setiap kali membeli limau kasturi, terpaksa beli dalam kuantiti yang banyak sebab selalunya sudah siap berbungkus jika dibeli di pasaraya. Pasti ramai yang mengalami perkara seperti ini bukan? Nak guna hanya sebiji dua dan selebihnya disimpan di dalam peti. Jika tidak digunakan, ia akan menjadi kering dan membusuk. Akhirnya, terbuang begitu sahaja.
Selepas ini, jika ada lebihan limau kasturi, ikut cara menyimpannya di bawah supaya lebih tahan lama dan tidak membazir. Senang sangat jika ikut cara ini, mudah bila hendak diguna bila-bila masa sahaja. Jom ikuti perkongsian oleh Siti Fatimah Abas di bawah.
TIPS BERJIMAT DI DAPUR.
Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus dikedai.. nak gunanya cuma sebiji dua, baki tuu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk.. supaya ianya tahan lama dan mudah diguna bila bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni.. moga bermanafaat!
Potong dua semuanya bagi mudah nak perah nanti.
Gunakan penapis kopi pun boleh.
Nahh.. dapat secawann!
Sudukan ke dalam bekas kiub ais..
Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman.. supaya betul2 beku.
Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau tipuware… bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Nak guna untuk buat teh o limau pun senang..masuk je 2.. 3 ketul dalam teko. Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua.. dah siap dan jimat masa.
Semoga bermanfaat!