Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Sayur Tahan Lama, Walaupun Dah Lebih Seminggu Masih Elok

Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Sayur Tahan Lama, Walaupun Dah Lebih Seminggu Masih Elok

Kategori: ,
tips simpan sayur supaya tahan lama

Sayuran merupakan antara makanan yang wajib ada di setiap hidangan makanan kita sekeluarga. Tanpa sayuran rasa tidak lengkap. Tetapi apa yang merisaukan adalah cara nak simpan sayuran yang dibeli oleh para ibu yang bekerja. Nak beli sayur setiap hari sememangnya tak larat dan tiada masa. Jadi terpaksa beli seminggu sekali.

Tapi sekarang anda atau para ibu diluar sana sudah tidak perlu risau tentang hal tersebut. Kerana ada seorang wanita di laman facebook berkongsi tips simpan sayur supaya tahan lebih seminggu. Menurut wanita ini, dia dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.

Antara cara yang pernah dicuba olehnya ialah keluarkan dari plastik. Potong masukkan dalam bekas. Tetapi cara itu tidak sesuai untuk sayuran hijau. 2-3 hari dah busuk. Jadi wanita yang dikenali dengan nama Eyfa Emir ini telah menjumpai cara yang paling berkesan untuknya. Apa yang dia lakukan adalah dia menggunakan aluminium foil dan tisu untuk simpan segala sayuran tersebut.

CARA-CARANYA:

  1. Sayur yang baru dibeli jangan dibasuh.
  2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur.
  3. Masukkan sayur, lipat foil elok-elok dan labelkan.
  4. Simpan dalam peti ais bahagian bawah (chiller).
  5. Apabila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu.

InshaAllah dengan mengamalkan cara di atas sayuran anda tahan lebih seminggu dan segar. Anda boleh cuba buat dekat rumah. Semoga bermanfaat!

 

 

tags: |