Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Simple Buat Popia Riben Yang Rangup Kegemaran Anak-anak, Laju Je Makan

Cara Simple Buat Popia Riben Yang Rangup Kegemaran Anak-anak, Laju Je Makan

Kategori:

Ini ada cara yang mudah tetapi sedikit renyah buat popia riben atau popia bunga kegemaran anak-anak. Sekali hidang dah habis. Cara buat popia reben ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Jom kita cuba.

Kalau kanak-kanak susah nak makan, tak berselera, kita sebagai ibu perlu mencari alternatif lain untuk menarik minat anak-anak. Disebabkan anak-anak ini sukakan sesuatu yang  comel dan cantik, jadi kita sebagai ibu perlu sedikit rajin bagi menyediakannya.

BAHAN-BAHAN:

  • Sosej
  • Kulit popia
  • Straw

CARA PENYEDIAAN :

  1. Sosej potong agak2..tak nipis tak tebal
  2. Ambil straw besar, tekap pada sosej dan buat lubang.
  3. Kulit popia saiz kecil, potong dua, lipat2 buat mcm buat kipas, ambil sosej tadi masuk ke dlm kulit popia sama tgh. Cuba kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
  4. Boleh goreng kekuningan. Boleh cicah dgn sos cili atau makan gitu2 pun sedap,rangup.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber :  Zura Zul

Baca juga :Cara Rahsia Goreng Daging Kunyit Supaya Lembut Dan Sedap

tags: