Apabila bercucuk tanam atau bertani, pastinya kita inginkan pokok atau tanaman yang kita tanam tumbuh dengan subur. Kalau tak tumbuh dengan subur, rasa kurang bersemangat nak tanam lagi dan lagi. Nak pokok tanaman subur ada caranya juga tau. Bukan main tanam je.
Antara cara untuk memastikan pokok tanaman menjadi subur, daun besar-besar dan banyak buah adalah perlu menggunakan baja yang betul. Selain tahu cara menjaga pokok, pengetahuan mengenai pembajaan ini juga sangat penting.
Sebenarnya ada baja yang dihasilkan dari lauk pauk yang kita makan hari-hari tu tau. Lauk tersebut adalah perut ikut. Perut ikan ini memang bagus untuk dijadikan baja untuk tanaman sayuran atau pun tanaman lain.
Untuk lebih lanjut, jom kita ikuti perkongsian daripada Norahim Ibrahim, pensyarah kanan dan penyelidik dalam bidang pertanian organik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman (MOL ikan). Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman. Tak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun. Inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.
Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini. Nisbah perut ikan dan gula merah =1:1. Contohnya 1 kg perut ikan + 1 kg gula merah. Peramkan 3 hingga 4 minggu. Tutup. Simpan di tempat gelap. Lepas tu tapis patinya.
Kadar bancuhan
10 ml pati + 1 liter air. Siram.
Senang, kan?
Mudah sahaja kan nak suburkan tanaman? Tak payah guna baja yang mahal-mahal. Guna sisa buangan sahaja. Kalau jumlah tanaman yang anda tanam banyak, bolehlah cari perut ikan tersebut di Pasar Basah. Kalau bernasib baik, dapat percuma je. Jimatkan?
Kredit: Norahim Ibrahim Via Jom Tanam Sendiri
Baca juga: Cara Mudah Dan Jimat Untuk Musnahkan Serangga Perosak Pada Tanaman, Guna ‘Bahan’ Ini Sahaja