Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Guna Tips Ini Untuk Dapatkan Pokok Bendi Yang Subur, Bukan Main Banyak Buah Dan Cabangnya, Suka Sangat Tengok!

Guna Tips Ini Untuk Dapatkan Pokok Bendi Yang Subur, Bukan Main Banyak Buah Dan Cabangnya, Suka Sangat Tengok!

Kategori: ,
cara betul tanam pokok bendi

Bendi atau kacang bendi merupakan tumbuhan atau sayuran yang banyak kebaikannya. Ia merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang mana banyak ditanam di negara-negara ASEAN. Di Malaysia penanam sayur bendi ini amat sesuai kerana negara kita ini beriklim panas lembap.

Selain dibuat kebun yang besar, anda juga boleh menanamnya ditepi atau belakang rumah. Tapi nak menanam pokok bendi ini ada tips juga tau. Tips tersebut agar bendi yang kita tanam ada buah banyak dan bercabang. Meriah sangat, suka tengok! Jadi jom kita ikuti tips perkongsian Wahida Hambali di lama facebook ini.

Guna Tips Ini Untuk Dapatkan Pokok Bendi Yang Subur, Bukan Main Banyak Buah Dan Cabangnya, Suka Sangat Tengok!

  1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8
  2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 pointJarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas  bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting utk pokok berkembang dengan baik
  3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk posting saya sebelum ini.

https://www.facebook.com/100000440981542/posts/4231795596845098/?d=n

4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali. Jadual juga ada saya sertakan pada posting sebelum ini.

https://www.facebook.com/100000440981542/posts/4231795596845098/?d=n

5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.

6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah utk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.

Sumber: Wahida Hambali

Baca juga: Cara Masak Kari Udang Bersama Bendi. Serius Power, Padu & Sedap!

tags: | |