Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Tanam Pokok Ketumbar Guna Biji Ketumbar. Tak Perlu Beli Lagi Bila Dah Ada Pokok Sendiri

Cara Tanam Pokok Ketumbar Guna Biji Ketumbar. Tak Perlu Beli Lagi Bila Dah Ada Pokok Sendiri

Kategori: ,
cara tanam pokok ketumbar

Sebenarnya banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam sendiri di rumah dengan cara yang mudah. Senang bila tanam sendiri, bila nak masak tinggal petik je dari pokok.

Antara sayur yang senang untuk ditanam iaitu pokok ketumbar. Hanya perlu menggunakan biji ketumbar di dapur sahaja, tak perlu beli anak pokok pun.

Jom ikuti perkongsian oleh Princess Naznin di laman sosial Facebook menerusi grup MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL berkenaan cara-cara untuk menanam pokok ketumbar.

Sebenarnya dah lama nak share cara saya tanam ketumbar. Saya pakai biji ketumbar yang kat dapur tu haha.

Cara-cara:

  1. Ambil 1 gengam biji ketumbar
  2. Rendam selama 5 jam.
  3. Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia).
  4. Lepas buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, hanya perlu tabur.
  5. Ambik gengaman tanah lain tabur nipis je untuk tutup lapisan atas. Kemudian siram.
  6. Terus letak dalam panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup.

Pada yang request nak tgk buah ketumbar dia.

Nota: siram selalu kerana ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung.

tags: |